Get $25 free
loading...

Misteri Gangguan Ketika Tidur

Share This:

Gangguan tidur seperti ditindih sering dikaitkan dengan gangguan hantu. Fenomena ditindih hantu hanya berlaku kepada orang tertentu sahaja tetapi apabila terkena tindih itu, ia boleh membuatkan individu yang terkena itu berasa takut untuk tidur semula. Namun, kejadian yang berlaku ketika tidur itu tidak semestinya terjadi disebabkan oleh hantu atau perkara mistik.

Adakah anda pernah mengalami kejadian yang menakutkan seperti terbangun dari tidur ditengah malam tetapi tidak boleh bergerak dan bercakap?

Menurut Timesofindia, terdapat beberapa penjelasan dari segi perubatan mengenai fenomena yang berlaku ketika tidur, antaranya adalah:

Sleep Paralysis
Sleep paralysis atau lumpuh ketika tidur adalah keadaan dimana seorang individtu itu terjaga daripada tidur tetapi tidak boleh bergerak atau bercakap. Keadaan itu berlaku kerana badan “mematikan” otot yang berhubung dengan pernafasan, kecuali diaphragm ketika tidur.

Sleep paralysis juga sering dikaitkan dengan kejadian mistik kerana keadaan terkena sleep paralysis adalah sama seperti ditindih hantu ketika tidur. Jadi, mungkin ditindih itu sebenarnya adalah sleep paralysis.

Hypnogonic Hallucinations
Ini menunjukkan kepada bayangan atau imaginasi makhluk yang menakutkan di sekitar kita sewaktu hampir terlelap, tetapi masih berjaga. Ia sering terjadi kepada kanak-kanak, dan ini menerangkan mengenai halangan kanak-kanak untuk tidur yang boleh menyebabkan stress atau imaginasi.

Mimpi Dalam Mimpi
Berlaku ketika mimpi tetapi kita berasa seperti sudah bangun daripada tidur. Ini kerana, kita bangun tapi bukan di alam nyata, tetapi di dalam mimpi. Kejadian ini juga telah ditunjukkan dalam filem ‘Inception’. Satu penjelasan yang ada untuk fenomena ini adalah kecenderungan kepada amalan mistik.

Head Syndrome
Sama seperti hypnagogic dan merupakan pengalaman yang serupa seperti terjatuh ketika sedang tidur. Head Syndrome adalah perasaan dimana kita terbangun kerana “letupan” di kepala. Anda boleh mendengar suara dan lihat cahaya kilat, seperti kelibat makhluk halus. Ini menunjukkan yang sebahagian daripada pancaindera kita masih lagi aktif, walaupun selepas otak tidur atau sedang menuju ke tidur yang nyenyak.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...