Get $25 free
loading...

Mahathir Kini Berada Di Fasa Kelima Rancangan Untuk Jatuhkan Kerajaan

Share This:

Beberapa bulan lepas, dalam satu sidang media, Tun Dr Mahathir ada memberitahu bahawa dia mempunyai begitu banyak rancangan yang akan digunakan untuk menjatuhkan Barisan Nasional dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Walaupun dia tidak memperincikan rancangan berkenaan, namun dari apa yang diperhatikan, Mahathir kini sudah berada di fasa kelima rancangan yang sengaja dia rancang.

Jika ada yang kurang pasti, apakah rancangan-rancangan yang telah diatur oleh Mahathir, mungkin kita terpaksa mengimbau semula rentetan penentangan dan usaha Mahathir bagi menjatuhkan kerajaan sejak 2013 lagi.

Sekitar tahun 2013 dan 2014, Mahathir samada sengaja ataupun tidak sengaja, telah telibat dalam rancangan untuk memburukkan 1MDB. Pelbagai cara dia gunakan untuk memburukkan 1MDB termasuklah hutang syarikat pelaburan berkenana yang mencecah angka RM 41.8 bilion. Apa yang pasti, apa sahaja yang melibatkan 1MDB akan cuba dikaitkan dengan Datuk Seri Mohd Najib walaupun ianya langsung tiada kena mengena.

Rancangan ini akhirnya menemui kegagalan apabila Datuk Seri Mohd Najib sendir mengarahkan penubuhan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yang dianggotai oleh Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang. Ianya ditubuhkan susulan hasil siasatan dari PDRM, SPRM, Peguam Negara dan Bank Negara Malaysia yang mana kesemua keputusan siasatan berkenaan membuktikan Datuk Seri Mohd Najib tidak terlibat langsung.

Rancangan kedua pula diatur dan kali ini cuba mengaitkan dana dari 1MDB dan SRC International Sdn Bhd. Kononnya, kedua-dua syarikat berkenaan telah memasukkan RM 2.6 bilion kedalam akaun peribadi Datuk Seri Mohd Najib secara rahsia.

Menariknya, sehingga hari ini, Mahathir dan semua pihak pembangkang yang membuat tuduhan ini, gagal mengemukakan tarikh transaksi dan masa transaksi itu dibuat. Walaupun pelbagai pihak mendesak mereka mengemukakan bukti namun mereka masih gagal sehingga hari ini. Hakikatnya, wang berkenaan adalah sumbangan dari keluarga DiRaja Arab Saudi dimana, sebahagian besar wang berkenaan telahpun dipulangkan semula.

Rancangan ketiga setelah gagal mengaitkan 1MDB dan dana RM 2.6 bilion berkenaan adalah, cubaan mengheret media asing termasuk pengamal undang-undang bebas Amerika untuk mencampuri urusan negara. Pokoknya masih sama iaitu 1MDB namun kali ini Mahathir mempergunakan Wall Street Journal, Australia Broadcasting Corp, Sarawak Report dan DoJ Amerika bagi mengaitkan apa jua kesalahan dengan Datuk Seri Mohd Najib.

Usaha ini sekali lagi menemui kegagalan apabila PetroSaudi International dan 1MDB sendir mengesahkan, mereka tidak mempunyai sebarang aset di Amerika Syarikat seperti didakwa oleh WSJ, Sarawak Report, ABC dan DoJ. Malah, dakwaan Mahathir kononnya Datuk Seri Mohd Najib bakal ditangkap oleh CIA dan FBI sekiranya ke Amerika Syarikat juga tidak berlaku sama sekali.

Bagi rancangan keempat, ianya agak berlainan sedikit. Kali ini, Mahathir cuba menggunakan pengaruh artis-artis tempatan untuk memburukkan kerajaan menerusi status yang mereka muat naik menerusi akaun peribadi masing-masing. Nama-nama seperti Adibah Nor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nur Fathia, Ahmad Idham dan terbaru Datuk Farid Kamil seringkali dilihat cuba menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan.

Rancangan ini juga menemui kegagalan apabila sebahagian besar artis yang dia cuba gunakan, mempunyai masalah disiplin yang teruk disamping pembongkaran penipuan yang cuba dilakukan oleh sebilangan artis berkenaan. Lihat sahaja bagaimana Nur Fathia dan Farid Kamil di selubungi masalah disiplin sehingga kem Mahathir cuba menjarakkan diri dengan artis bermasalah seperti ini.

Rancangan terbaru Mahathir pula nampaknya lebih menjurus kepada cuba menimbulkan persepsi negatif orang melayu terhadap kerajaan. Dalam banyak ceramah atau majlis yang dia hadiri, sejak akhir-akhir ini dia kerap menempelak dan meperlekehkan orang Melayu seolah-olahkaum Melayu ini gagal dibawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Rancangan terbaru ini baru sahaja berjalan namun dari apa yang diperhatikan, majoriti orang melayu tidak bersetuju dengan cara Mahathir kali ini. Ini kerana, di bawah pentabiran Datuk Seri Mohd Najib, begitu banyak bantuan disalurkan kepada orang Melayu terutamnya bagi mereka yang melibatkan diri dalam perniagaan dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Malah, golongan nelayan, pesawah dan penoreh getah juga memperolehi bantuan terus daripada kerajaan. Ini termasuklah Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang sudah memsuki pusingan ke tujuh dan memberi faedah buat lebih 7 juta penerima.

Apa lagi yang Mahathir cuba lakukan? Sudah empat rancangan besarnya gagal walaupun dia sedaya upaya memastikan rancangannya itu berjaya. Kuasa tuhan akan mengatasi apa jua niat buruk Mahathir terhadap kerajaan. Paling utama, rakyat kini bukan lagi rakyat yang dikongkong oleh satu kuasa seperti yang dia amalkan sewaktu menjadi Perdana Menteri dahulu.

Comments

comments

Related Post

Tugasan Mahathir Menjahanamkan Melayu, Baru Sahaja...
Pembangkang Memang Tak Suka Isu Felda Selesai Awal
Anwar Tetap Peliwat Pada Mata Mahathir
Berang Dengan Iklan Budak Afrika Dilabel ‘Mo...


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...