Get $25 free
loading...

Kerajaan India Akan Hapuskan Subsidi Untuk Jemaah Haji

Share This:

Kerajaan India mengumumkan tidak lagi memberikan “subsidi” untuk jemaah haji selari dengan perintah mahkamah tinggi di negara itu.

“Perlembagaan Mahkamah Agung semasa Kongres rejim pada 2012, mengarahkan subsidi haji dihapuskan. Justeru, dalam dasar baharu itu, mengikut cadangan jawatankuasa, memutuskan untuk subsidi dimansuhkan secara berperingkat,” kata Menteri Hal Ehwal Minoriti, Mukhtar Abbas Naqvi, semalam.

Pada tahun ini, 175,000 umat Islam India dijangka menunaikan haji, berdasarkan kuota ditetapkan Arab Saudi.

Naqvi berkata, kerajaan Parti Bharatiya Janata (BJP) mahu “memperkasakan” umat Islam dan dengan menghapuskan subsidi adalah satu langkah ke arah itu.

Jumlah subsidi, yang kebanyakannya diberikan dalam bentuk diskaun tiket penerbangan, beransur-ansur diturunkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, berdasarkan perintah mahkamah yang mahu subsidi dihapuskan menjelang 2022.

Kebanyakan masyarakat Islam tidak peduli dengan penarikan balik subsidi itu, kerana ia dianggap tidak penting dan langkah berkenaan, digunakan bagi membantu syarikat penerbangan negara Air India, yang mengalami kerugian memandangkan penerbangan itu mengangkut sebahagian besar jemaah haji.

Pemimpin kanan parti Kongres, Ghulam Nabi Azad berkata, mereka yang memperoleh manfaat sebenar daripada pemberiaan subsidi itu, ialah syarikat penerbangan, khususnya Air India dan bukannya para jemaah.

“Tambang biasa untuk ke Jeddah dari mana-mana negeri di India, jauh lebih rendah berbanding apa yang ditawarkan syarikat penerbangan,” katanya.

Beberapa individu Islam yang berkepentingan mahu kerajaan membenarkan syarikat penerbangan bersaing untuk mengangkut jemaah haji, supaya orang ramai boleh mendapatkan tawaran serta perkhidmatan lebih baik.

Presiden Majlis-e-Ittehad-ul Muslimeen (AIMIM) India, Asaduddin Owaisi berkata, kerajaan “terlalu banyak merungut” untuk lebih dua bilion rupee (kira-kira AS$30 juta) subsidi yang akan diberikan tahun ini.

Comments

comments

Related Post

Negara Tidak Akan Maju Sekiranya Peranan Wanita Di...
Berang Dengan Iklan Budak Afrika Dilabel ‘Mo...
Doa Najib Termakbul, Felda Dapat Semula Tanah
PM Umum Berita Baik Untuk 123,000 Pesara Polis Sel...


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...