Get $25 free
loading...

Keluarga Tertekan, Sering Diganggu Makhluk Halus Di Ruma Sewa

Share This:

Tidak dinafikan makhluk halus diyakini wujud oleh kebanyakan masyarakat di dunia, sesetengah pihak mengklasifikasikan jin dan syaitan ke dalam kelompok makhluk halus juga .

Menurut sumber, gangguan mahkluk halus ini menyebabkan keluarga ini sering tertekan kerana di ganggu dan ianya telah melibatkan kerosakkan seperti pakaian dan beras di dalam rumah tersebut.

“Sudah enam pengamal perubatan Islam datang ke rumah, namun setakat ini gangguan masih berlaku,” luah Mohd Zamri Sulaiman, 53 yang hidup dalam keadaan tertekan apabila sering diganggu makhluk halus di rumah sewa di Bukit Payong di sini, sejak Disember lalu sehingga hari ini.

Menurut sumber, kemuncak kepada gangguan makhluk halus itu berlaku apabila pakaian keluarga itu diselerakkan malah dibakar, selain merosakkan beras dengan mencampurkan dengan bahan lain dalam tempoh dua minggu ini.

Mohd Zamri yang bekerja sebagai buruh berkata, dia sudah memanggil bomoh dan pengamal perubatan Islam untuk menghalau makhluk halus itu, namun setakat ini usahanya masih belum berhasil.

“Saya terpaksa minta isteri yang sakit dan anak tinggal di rumah ahli keluarga lain,” katanya.

Mohd Zamri mula berpindah ke rumah sewa itu sejak tiga tahun lalu dengan kadar sewa sebanyak RM350 sebulan yang ditanggung Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

Menurutnya, dia tinggal bersama isteri, Wan Nora Wan Abdullah, 46, yang menghidap penyakit buah pinggang dan anak angkat, Nur Syadiah Abdul Rahman, 11, dijaga sejak kanak kanak itu berusia enam bulan.

“Tinggal di rumah ini secara menyewa, sudah masuk tahun ke tiga dah. Masa duduk pada peringkat awal hari itu tiada masalah. Kalau terdengar bunyi (sesuatu) di atas siling itu, sudah biasa dah.

“Lepas itu, ada banyak berlaku kehilangan duit. Berlaku dua tiga bulan juga.

“Kita pun pelik juga, kalau nak kata anak ambil, mungkin dia tak (berani) ambil. Ada juga bertanya (pendapat) pada orang surau,” katanya.

Dia berkata, kini setiap hari ada sahaja perkara-pelik berlaku di rumah sewanya itu.

“Tapi tidak ada pula (gangguan) suara.

“Sejak akhir akhir ni, dalam minggu lalu habis semua pakaian dilemparkan keluar dari dalam almari,” katanya.

Bukan reka cerita, harap ada pihak bantu
Ditanya apakah kemungkinan puncanya, Mohd Zamri berkata, dia sendiri pun tidak tahu malah turut sedar, jika ada orang yang mungkin menganggap dia hanya cuba meraih publisiti atau mereka-reka cerita.

Namun baginya, perkara paling utama adalah bagi mengatasi masalah dihadapinya kerana dia tak perlu mereka-reka cerita sekiranya hanya mahu publisiti kerana ia hanya membuang masa orang lain.

Walaupun dalam keadaan yang tertekan kerana keluarga diganggu, Mohd Zamri berkata, dia dan keluarganya tidak akan meninggalkan rumah sewa kerana sudah membuat perjanjian sewa dengan tuan rumah.

Tambahan rumah itu dibayar oleh pihak Maidam kerana keluarganya dikategorikan sebagai keluarga kurang mampu sekali gus layak mendapat bantuan pihak berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

Sehubungan itu, Mohd Zamri berharap sekiranya ada pihak dapat membantu untuk menyelesaikan masalah gangguan makhluk halus itu agar segera menghubunginya di talian 011- 14999009.

Menurutnya, dia berharap ada pihak yang dapat membantu mereka sekeluarga.

-sinaronline

Mohd Zamri di hadapan rumahnya.

Mohd Zamri menunjukkan lada hitam dan garam digunakan untuk menghalau makhluk halus.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...