Get $25 free
loading...

Kekeliruan Identiti, Sajat Sedia Jumpa Jakim

Share This:

Baru-baru ini, usahawan kosmetik dan juga penyanyi lagu ‘Abang Nak Tegur’ menyatakan bersedia berjumpa dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung isu berkaitan dirinya hingga menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Menurut sumber, bagaimanapun Nur Sajat menjelaskan bahawa beliau hanya bersetuju mengadakan pertemuan itu sekiranya ia dilakukan secara berhemah demi kebaikan bersama.

“Setakat ini, Sajat tidak mendapat sebarang maklumat daripada P.A (pembantu peribadi) berhubung pertemuan berkenaan. Kalau orang nak cari Sajat, ada je kat Wisma Nur Sajat ni.

“Sepatutnya kalau dia (pihak Jakim) nak jumpa Sajat, dia boleh terus berhubung dengan Sajat sendiri atau dengan P.A (pembantu peribadi), bukannya dengan mesej terbuka macam tu,” katanya kepada sebuah media.

Pada Isnin, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Izwan Yusof menerusi ‘mesej terbuka’ di laman sosial Facebook menyuarakan hasratnya untuk bertemu dengan Sajat.

Pada masa sama, Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha menerusi Twitternya turut menyatakan persetujuan berhubung hasrat pihak Jakim untuk mengadakan pertemuan bersama Sajat.

Sajat menegaskan bahawa selama ini, beliau sebenarnya tidak mengambil peduli terhadap kecaman dan cemuhan netizen mahupun masyarakat mengenai dirinya.

Mengenai pelbagai isu termasuk mengaitkan dirinya dengan kekeliruan identiti, Sajat berkata, tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab itu sekadar mencemburui dirinya yang semakin berjaya dalam bidang perniagaan.

Namun Sajat menjelaskan bahawa beliau di pihak yang benar, maka tiada perkara yang perlu dibimbangi berhubung pertemuan dengan Jakim.

“Saya sedia berjumpa dengan Jakim tapi biarlah ia dibuat secara berhemah. Kalau elok antara kedua-dua pihak, kenapa tidak?

“Kita boleh berjumpa, tak ada masalah pun. Sajat tahu di pihak yang benar, bukannya buat kerja-kerja yang tidak elok,” katanya.

Justeru, pertemuan itu tersebut diharapkan akan merungkaikan persoalan yang terus berlegar di kalangan ummah.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...