Get $25 free
loading...

Kalau silap pilih bakal PM lagi, apa ‘Plan B’ Dr M?

Apa yang beza kali ini ialah beliau memilih diri sendiri sebagai pengganti.

KOMEN

najib-mahathirTun Dr Mahathir Mohamad akhirnya bersetuju dengan dirinya menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) menguasai Putrajaya di pilihan raya umum ke-14.

Meskipun berkata beliau terpaksa menerima dipilih PH, hakikatnya beliau tidak memilih untuk menolak, tetapi memilih untuk menerima.

Dr Mahathir barangkali menyedari beliau tidak pandai memilih dan tidak mahu lagi mengulangi kesilapannya terdahulu. Kedua-dua pilihannya, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak, sebagai pengganti beliau, adalah silap pada pandangan beliau.

Pak Lah perlu diturunkan kerana dikawal menantu dan kawannya dan juga tidak meneruskan sebahagian projek seperti jambatan bengkok di Singapura. Dr Mahathir berjaya menjatuhkan Pak Lah menggunakan taktik menyerang bertubi-tubi termasuk dengan cara beliau keluar Umno.

Manakala Najib perlu diturunkan kerana didakwa mencuri duit melalui 1MDB.

Namun begitu, taktik Dr Mahathir yang digunakan semasa menjatuhkan Pak Lah tidak berjaya terhadap Najib sehingga beliau terpaksa mengambil jalan panjang untuk bersama mereka yang dibencinya satu ketika dulu di pembangkang untuk menurunkan Najib.

Apa yang beza kali ini ialah beliau memilih diri sendiri sebagai pengganti. Apakah pilihan Dr Mahathir juga satu kesilapan, sebagaimana beliau memilih Pak Lah dan Najib dulu?

Cara lain guling Najib

Sebenarnya, cara yang paling singkat – bukan paling mudah – untuk menurunkan Najib ialah mengalahkan Najib di Pekan. Asalkan Najib bukan lagi ahli parlimen selepas PRU14, Najib tidak berpeluang menjadi PM walaupun Umno-BN mengekalkan kuasa. Tetapi, jika Dr Mahathir memilih untuk berentap dengan Najib di Pekan, beliau hanya menggali kuburnya sendiri.

Cara kedua untuk menurunkan Najib ialah mencipta porak-peranda di dalam Umno, dan mengharapkan timbalan Najib melakukan sesuatu untuk menurunkan bosnya. Cuma taktik ini berjaya dibaca rapi oleh Najib dan beliau telah mengikut langkah Dr Mahathir untuk memecat timbalan tanpa ragu-ragu. Tan Sri Muhyiddin Yassin digantikan Najib dengan timbalan yang taat iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyebabkan Dr Mahathir terpaksa mengambil jalan untuk bersama-sama pembangkang.

Cara terakhir ialah menubuhkan PPBM, dan membawa PPBM untuk mengetuai PH di dalam misi menjatuhkan BN atau sekurang-kurangnya mengurangkan kerusi BN adalah langkah Dr Mahathir terakhir untuk menjatuhkan Najib.

Jika PH menang, Najib pasti jatuh. Masalahnya jika PH tidak menang, apakah langkah Dr Mahathir seterusnya?

Sebagai seorang yang tidak reti putus asa, sudah tentu Dr Mahathir ada Plan B.

Sekiranya Umno-BN dapat membentuk kerajaan dengan jumlah majoriti yang lebih kecil, Dr Mahathir boleh menawarkan kepada Umno dengan syarat Najib diturunkan sebagai tukaran bagi sokongan beliau dan PPBM kepada BN agar kerajaan BN menjadi lebih kukuh dan tidak akan jatuh ekoran ada ahli-ahli parlimen komponen BN yang lain memilih menjadi katak. Umno yang takut kehilangan kuasa sudah tentu akan berunding dengan Dr Mahathir.

Plan B hanya boleh berlaku kalau prestasi BN merosot berbanding PRU13 tapi tidaklah sehingga kehilangan kuasa.

Cuma yang paling dibimbangkan ialah keputusan Dr Mahathir menerima tawaran sebagai calon PM PH.
Apakah ini akan menjadi faktor penyumbang terbesar kepada Najib dan BN menang semua dua pertiga majoriti di parlimen semula di PRU14?

Sekiranya ya, Dr Mahathir barangkali perlu menerima hakikat bahawa beliau sememangnya tidak reti memilih samada di waktu yang betul tersalah pilih calon PM, atau tersilap memilih waktu ketika ada calon PM yang betul.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...