Get $25 free
loading...

Kalau Dia Sedar Dan Dia Hendak Pulangkan, Itu Lebih Baik

Share This:

Kontroversi yang ditimbulkan oleh pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil beberapa hari yang lalu masih hangat diperkatakan. Dia yang baru sahaja dibebaskan dengan ikat jamin telah mencetuskan kontroversi apabila bertindak ganas di sebuah balai polis di Damansara. Ujian air kencing mendapati dia mengambil dadah jenis ganja walaupun semalam, mahkamah membebaskannya dari tuduhan mengambil dadah.

Ketika kontroversi ini timbul, timbul desakan dari kalangan netizen yang mahu pihak Istana negeri Pahang menarik balik anugerah pingat berkenaan daripadanya. Ini kerana, menurut pendapat rata-rata netizen, Farid hilang kelayakannya untuk terus memegang pingat berkenaan setelah tingkah laku yang ditunjukkannya itu, cukup memalukan.

Mengulas akan hal ini, Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, Baginda menerima baik sekiranya Farid Kamil dengan rela hati memulangkan semula Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP). Bagibda mengakui berasa amat dukacita selepas dikejutkan dengan tindakan pelakon tersebut yang ditahan dan telah didakwa di mahkamah.

Titah Baginda, semua individu yang mendapat gelaran Datuk, telah tersurat dan tersirat dalam etika untuk layak memakai gelaran berkenaan. Titah Baginda lagi, jika hendak diikutkan hati, sememangnya Baginda ingin menarik semula semua anugerah kebesaran negeri disebabkan kelakuan yang tidak mencerminkan pangkat dan gelaran yang telah diberikan.

Justeru itu, titah Baginda lagi, sekiranya pelakon berkenaan ingin memulangkan pingat berkenaan, pihak Istana tidak menghalangnya. Itupun jika dia sedar akan keperluan untuk berbuat demikian dan menurut Baginda lagi, itu dianggap lebih baik dari menarik semula gelaran berkenaan yang Baginda anggap sebagai satu tindakan menghukum.

Pada kebiasaannya, jarang pihak Istana mengeluarkan arahan untuk menarik semula penganugerahan pingat kepada mereka yang telah menerimanya. Jika ada sekalipun, ia adalah atas budi bicara Kebawah Duli Sultan sesebuah negeri yang menganggap penerimanya, tidak lagi sesuai untuk memangku pangkat dan penganugerahan yang telah diberikan kepada mereka.

Apa yang dilakukan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ini, jika difahami menerusi adat Melayu, ianya seolah-olah menarik rambut dalam tepung. Rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Baginda tidak berminat dengan cara berbentuk menghukum sebaliknya Baginda lebih berminat untuk menyerahkan kepada mereka yang dimaksudkan itu menggunakan buah fikiran yang matang.

Kini segalanya telah diserahkan kepada Farid untuk dinilai yang mana baik dan yang mana buruk. Seandainya dia memilih untuk memulangkannya, itu lebih baik dan setidak-tidaknya mendiamkan mulut para pengkritiknya. Namun andai dia mahu menyimpan pingat berkenaan, rasanya tiada siapa yang menghalang termasuklah Kebawah Duli Tuanku PemangkuRaja Pahang itu sendiri.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...