Get $25 free
loading...

Harta Sami Perogol Selamat, Harta Zakir Naik Dirampas

Share This:

BILA kerajaan bukan diteraju oleh pemerintah Islam maka yakinlah bahawa mereka akan menindas orang-orang Islam dengan sewenang-wenangnya. Pemimpin Islam yang menjadi boneka pun sudah pasti tidak akan mampu menjaga kebajikan umat Islam.

Ketua Hakim Tribunal Rayuan untuk Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (PMLA), Hakim Manmohan Singh mempersoalkan Lembaga Penguatkuasaan (ED) di negara itu kerana melakukan penyiasatan terhadap Dr Zakir Naik demi merampas harta milik pendakwah tersebut, tetapi pada masa yang sama tidak mempedulikan harta yang dimiliki oleh sami perogol, Asaram Bapu.

Asaram Bapu atau nama sebenarnya Asumal Sirumalani merupakan seorang sami yang dikatakan oleh hakim tersebut mempunyai harta melebihi Rp 100 bilion (RM 6.26 bilion) namun, siasatan yang sama tidak dilakukan ke atas sami tersebut. Asaram Bapu serta anaknya Narayan Sai kini sedang menjalani hukuman atas kesalahan merogol semenjak 2013.

Menurut Hakim Manmohan Singh seperti yang dilaporkan oleh News 18, Lembaga Penguatkuasaan yang berusaha untuk merampas aset milik Dr Zakir Naik tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas sami perogol tersebut semenjak 10 tahun lepas.

“Saya boleh namakan 10 sami yang mempunyai harta lebih daripada Rp 100 bilion (RM 6.26 bilion) setiap seorang dan mereka sedang menghadapi tuduhan jenayah. Adakah kamu telah mengambil tindakan ke atas walau seorang daripada mereka? Apa yang kamu buat terhadap Asaram Bapu?” soal Hakim Manmohan Singh kepada Lembaga Penguatkuasaan atau juga dikenali sebagai ED.

Penghakiman ini telah menghalang ED daripada merampas sebuah sekolah di Chennai dan sebuah hartanah komersil di bandar Mumbai milik Dr Zakir Naik. Menurut Hakim Manmohan Singh, ED juga gagal menghasilkan bukti primafasi untuk membuktikan bagaimana ceramah-ceramah Dr Zakir Naik menghasut orang ramai demi melakukan perkara-perkara yang salah di sisi undang-undang.

Selain daripada itu, Hakim Manmohan Singh turut menegaskan bahawa tidak ada apa-apa kesalahan dalam ceramah-ceramah yang disampaikan oleh Dr Zakir Naik.

“Adakah kamu pernah membaca ceramah-ceramah yang menjadi sebahagian daripada pendakwaan kamu? Saya telah mendengar banyak ceramah-ceramah ini dan saya boleh jelaskan bahawa setakat ini saya tidak menjumpai sesuatu yang salah,” kata Hakim Manmohan Singh kepada peguam ED.

Lihat saja bagaimana kerajaan Singapura menganiaya umat Islam di negara tersebut. Pada mulanya Lee Kuan Yew sanggup berlakun memakai songkok bagai namun apabla mendapat kuasa maka mereka pijak orang Islam.

– pru14.tv

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...