Get $25 free
loading...

Hari-hari Saya Mengidam – Fazura

Share This:

Pelakon Nur Fazura yang sudah bergelar isteri kepada pelakon kacak,Fattah Amin memaklumkan dia hanya bergurau mengatakan dirinya sedang mengidam ketika ditanya oleh seorang teman dalam sebuah video yang tersebar di Instagram, baru-baru ini.

Menurut Fazura, 34, rakaman tersebut telah dikongsi oleh seorang teman ketika dia dan suami, Fattah Amin sedang berbulan madu di Kota London, United Kingdom.

“Mengidam tu hari-hari saya mengidam sebab saya ini memang kuat makan.

“Dalam video itu dia tanya dan saya saja-saja gurau sebab masih dalam mood berbulan madu,” katanya.

Penyanyi lagu Sayangi Dirimu ini mengulas mengenai persoalan tersebut menerusi temubual bersama sebuah program hiburan pada Isnin.

Sementara itu, Fazura berkata dia dan suami bakal menjalani pemeriksaan bagi mengesahkan mengenai perkara tersebut.

Malah, dia juga turut berjanji tidak berahsia dan akan berkongsi berita gembira itu jika benar sudah hamil.

“Sejujurnya, saya sendiri tak tahu lagi mengandung ke tak! Nanti kami akan pergi buat pemeriksaan.

“Kalau ada berita baik kami akan kongsi dan kalau belum ada, mungkin belum rezeki lagi.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...