Get $25 free
loading...

GST Selamatkan Negara Dari Terjerumus Dalam Kancah Kegawatan Ekonomi

Share This:

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) telah dapat menyelamatkan negara daripada terjerumus dalam kancah kegawatan ekonomi.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan GST bukan untuk membebankan rakyat tetapi adalah penyelamat ekonomi negara.

Ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-36 di sini hari ini, Najib berkata pelaksanaan GST memberi landasan untuk memperkukuhkan sumber kewangan kerajaan.

Beliau berkata kerajaan dapat memenuhi aspirasi rakyat dan menjalankan program-program rakyat sekiranya ia mempunyai sumber kewangan yang stabil dan semakin meningkat.

“Kalau tidak ada GST, kita tidak yakin dapat buat bayaran khas kepada penjawat awam.

“(Kalau tidak ada GST) Mana tahu kita terjerumus dalam kegawatan,” katanya.

GST diperkenalkan pada kadar enam peratus pada 1 April 2015.

Najib juga berkata kerajaan tiada cadangan untuk menaikkan kadar GST.

Comments

comments

Related Post

Singapura Akan Naikkan Cukai
Enam Pegawai Kastam Ditahan, Bersubahat Seludup Da...
Elak Cukai, Ronaldo Mengaku Tak Pernah Sembunyi Ap...
Kastam Malaysia Bagi Jawapan Menusuk Kalbu Di Twit...


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...