Get $25 free
loading...

Doa Najib Termakbul, Felda Dapat Semula Tanah

Share This:

Kini Felda mendapat kembali tanahnya yang dipindah milik kepada Syarikat Synergy Promenade Sdn Bhd melalui perjanjian yang ditandatangani pada 1 petang semalam.

Shahrir dikatakan turut menyindir Rafizi mengenai kejayaan pertukaran tanah itu mungkin doa dari perdana menteri ketika menunaikan umrah minggu lalu.

“Cakap dengan Rafizi mungkin ini doa PM pergi ke mekah, raudhah untuk kebaikan kita semua,” katanya.

Sebagai manusia biasa, hati dia juga terguris dengan tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan ke atas beliau.

Terdahulu Shahrir dikatakan ditanya mengenai persoalan yang dibangkitkan oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mendesak beliau menjawab sama ada Najib terlibat atau tidak dalam hal itu memandangkan Felda berada dibawah PMO.

Rafizi menuntut supaya Shahrir menjelaskan sama ada Najib adalah pihak yang diberikan kuasa untuk meluluskan perjanjian itu.

Susulan pada 21 Dis lepas, media melaporkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang dianggarkan bernilai RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya .

Bagaimanapun, ianya tiada kaitan sama sekali dengan penglibatan perdana menteri,Najib Razak kerana Felda pun tak tahu macam mana PMO nak tahu, tak ada siapa yang tahu, Felda pun tak tahu, lembaga (pengarah) pun tak tahu selepas di pindah milik tak dimaklumkan pada Felda Investment Corporation (FIC).

PM juga yang arahkan untuk ambil tindakan dan tak berkompromi mengenai kepentingan Felda terhadap salah dan salah laku sekiranya didapati bersalah.

Dia seolah-olah tidak boleh duduk senang sekiranya institusi berasaskan bangsa Melayu seperti Felda ini tidak diserang atau dibiarkan tanpa sebarang isu dari pembangkang.

Jelas, mungkin inilah doa orang yang teraniaya dan dilemparkan bermacam fitnah bagi menjatuhkan kerajaan juga menghukum orang yang salah.

Comments

comments

Related Post

Tanah Felda : Najib Mahu Audit Forensik Dan Siasat...
RAMAI USAHAWAN ATAS TALIAN LARI DARI MEMBAYAR CUKA...
66 Skandal Kerajaan Kleptokrasi DAP Pulau Pinang
Kenapa Pembangkang Tidak Boleh Terima Kenyataan?


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...