Get $25 free
loading...

Daim kembali sertai bidang guaman

Beliau kini boleh mewakili anak guam di mana-mana mahkamah di Semenanjung dan bertemu anak guam di penjara.

Gambar: daimzainuddin.com

Gambar: daimzainuddin.com

PETALING JAYA: Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin nampaknya kembali aktif dalam kerja-kerja guaman.

Daim, 79, yang memulakan kerjaya sebagai seorang peguam, membaharui sijil guamannya dan berdaftar di firma guaman Tetuan Daim & Gamany, di mana beliau pernah menjadi rakan.

Beliau disenaraikan sebagai peguam ke-14 paling kanan, selepas menyertai Badan Peguam Tanah Melayu pada 27 Februari 1961.

daim-resit-gd-2-mMenurut laman Badan Peguam Malaysia, Daim peroleh sijil mengamalkan undang-undang pada 12 Januari.

Belum jelas mengapa Abdul Daim Zainuddin, seperti yang dinyatakan dalam sijil itu, kembali sertai bidang guaman.

Peguam R Kengadharan berkata seseorang yang memegang sijil yang sah boleh mewakili anak guam di mana-mana mahkamah di Semenanjung.

“Beliau juga boleh bertemu anak guam yang sedang menjalani hukuman penjara,” tambahnya.

Daim lepasan Lincoln’s Inn London. Beliau menyertai Badan Peguam England pada 1959 di usia 21 tahun.

Sekembalinya ke Tanah Melayu, beliau berkhidmat di firma Pillai & Co dan kemudian di firma Shearn Delamore, yang ketika itu merupakan firma guaman terbesar di Kuala Lumpur.

Pada 1961, beliau bekerja di Kota Bharu, Kelantan, di bawah tunjuk ajar Wan Mustaffa Wan Ali, seorang penasihat undang-undang kepada PAS.

Selepas itu, beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai seorang majistret. Beliau kemudian menjadi presiden Mahkamah Sesyen di Johor dan kemudian timbalan pendakwa raya di Ipoh, Perak.

Beliau meletak jawatan pada 1965, kembali ke Kuala Lumpur dan menyertai firma guaman Allen & Gledhill untuk 3 tahun seterusnya sebelum meleak jawatan pada 1968 untuk memulakan praktik guaman sendiri di Daim & Gamany.

Pada 1969, beliau mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan.

Daim adalah menteri kewangan pada 1984 hingga 1991 dan dari 1999 hingga 2001.



The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...