Get $25 free
loading...

Buat Pertama Kali Alien Dalam UFO Didedah

Share This:

Buat pertama kalinya muncul beberapa gambar luar biasa yang didakwa ‘makhluk asing berada dalam kapal angkasa.

Menurut sumber berkata, dalam gambar hitam dan putih serta berbintik itu, anda dapat melihat keadaan di dalam kokpit didakwa kapala angkasa, lengkap dengan tempat duduk, panel kawalan dan objek lain.

Terdapat juga apa yang kelihatan seperti seseorang memakai cermin mata hitam didakwa ‘pelawat makhluk asing sebenar’.

Gambar-gambar luar biasa ‘alien seperti manusia’ ini akan diterbitkan untuk kali pertama oleh Flying Disk Press pada 1 Februari, lapor Express.co.uk.

Buku tersebut, UFO Contacts in Italy mendakwa kapal angkasa telah mendarat di Francavillia, di Pantai Adriatik.

Foto-foto itu didakwa telah diambil oleh dua lelaki yang dibenarkan masuk ke dalam ‘kapal angkasa’ tersebut, kata penulisnya Dr Roberto Pinotii, 73.

Dr Roberto Pinotii berkata kejadian berlaku pada 1957. -fotoYoutube/Flying Disk Press

“Diameter UFO itu adalah 24 meter, dengan kabin kawalannya adalah 10 meter.

“Gambar-gambar luar biasa dan yang jarang dilihat ini, serta dua gambar yang didakwa juruterbang luar angkasa… diterbitkan di sini untuk kali pertama.”

Kejadian luar biasa itu dikatakan telah dibentangkan pada Oktober 1957 di Itali, tetapi cerita itu tidak pernah dikeluarkan dari negara ini sehingga kini.

“Banyak maklumat dalam buku ini akan diterbitkan dalam bahasa Inggeris buat kali pertama.

“Buku ini mengandungi pelbagai kes perhubungan dengan UFO atau alien dari Itali tetapi sudah pasti salah satu insiden paling luar biasa adalah yang berlaku pada tahun 1957 ini.

Menurutnya, ia adalah satu-satunya kes yang diketahui, didakwa mempunyai gambar-gambar di bahagian dalam UFO.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...