Get $25 free
loading...

Bongkar Skandal Di P.Pinang : PCM Dakwa Terima Ugutan Bunuh

Share This:

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Huan Cheng Guan hari ini dikatakan membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh menerusi SMS semalam daripada orang yang tidak dikenali.

Menurut sumber, beliau berkata ugutan itu dalam bentuk mesej “CAKAP BANYAK, KAU MATI” yang diterimanya kira-kira jam 3 petang daripada nombor telefon yang tidak dikenali.

“Saya cuba membalas mesej itu dan membuat panggilan ke atas nombor itu tetapi tidak dapat dihubungi lagi dan mesej saya tidak dihantar. Jadi, saya meminta polis menyiasat kes ini untuk keselamatan anggota keluarga saya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di Bandar Perda, Pulau Pinang hari ini.

Huan berkata beliau tidak dapat mengenal pasti individu terbabit atau mengetahui sebab di sebalik mesej itu, tetapi beliau percaya ia mungkin berpunca daripada keberaniannya bersuara terhadap kerajaan negeri DAP untuk kepentingan rakyat Pulau Pinang.

“Saya tidak tahu (siapa dan mengapa). Saya terkejut apabila melihat mesej ini. Saya hanya menjawab ‘kita tengok sapa mati dulu’,” katanya.

Huan berkata beliau dikatakan tidak akan tunduk malah akan terus bersuara bagi rakyat Pulau Pinang terhadap sebarang isu rasuah melibatkan kerajaan negeri pada masa ini.

“Ini adalah pertama kali saya menerima ugutan bunuh, tetapi saya tidak mahu menuding kepada orang atau kes tertentu dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan,” katanya.

Tambahan lagi, Huan dikenali kerana bersuara lantang terhadap kerajaan negeri, khususnya berkaitan dengan laporan yang katanya telah dihantar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung cadangan terowong bawah lain dan projek tiga jalan.

Dipercayai, laporannnya itu mendorong kepada SPRM menyiasat projek bernilai berbilion ringgit itu.

Beliau juga dikatakan telah mendedahkan isu mengenai Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang diwujudkan oleh kerajaan negeri.

Persoalannya, adakah ini mungkin petanda mereka kecut dalam isu tersebut?

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...