Get $25 free
loading...

Bapa buat jalan demi mudahkan anak

Kerajaan tempatan kawasan itu menawarkan diri menyiapkan baki jalan berkenaan dan bersetuju membayar upah Jalandhar atas usahanya.

Jalandhar-Nayak12

Demi kemudahan perjalanan 3 anaknya ke asrama dan rumah, seorang lelaki di Orissa, India sanggup membina jalan sepanjang 8 kilometer.

Jalandhar Nayak, 45, berbuat demikian bagi memudahkan perjalanan merentasi 5 bukit dan hutan supaya anak-anaknya lebih selesa melawatnya yang tinggal di sebuah perkampungan kecil.

“Anak-anaknya yang sedang belajar di asrama di satu pekan kecil, sukar berulang-alik akibat struktur geografi sepanjang perjalanan. Mereka terpaksa mengambil masa lebih 3 jam bagi perjalanan 9.6km.

“Ekoran itu, Jalandhar sejak 2 tahun lalu mula membuat jalan dengan menebas pokok dan meratakan tanah serta mengalihkan batu sepanjang 8km,” petik BBC.

Bagaimanapun selepas berita itu viral, kerajaan tempatan kawasan itu menawarkan diri menyiapkan baki jalan berkenaan.

Jalandhar-Nayak1

“Bukan itu sahaja, Jalandhar juga akan diberikan upah sewajarnya bagi usahanya membuat jalan setakat ini.

Bapa tersebut, yang juga penjual sayur dan tidak pernah bersekolah dikatakan membuat jalan yang cukup baik kerana ia boleh dilalui kereta.

Dia akui mengambil keputusan membina jalan selepas anak-anaknya menghadapi pelbagai kesukaran turun naik bukit apatah lagi dalam keadaan gelap atau pada musim sejuk.

Terdahulu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Dashrath Manjhi turut membuat jalan sendiri dengan menebuk gunung demi kasih sayangnya pada isteri.

Dashrath membelanjakan masa 22 tahun selepas tidak mahu penduduk lain mengalami nasib sama seperti isterinya yang meninggal dunia kerana masalah pengangkutan ke hospital.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...