Get $25 free
loading...

Azmin Cuba “Gulaikan” Mahathir Di Gombak?

Share This:

RAMAI pihak mempertikaikan tindakan Menteri Besar Selangor Azmin Ali menawarkan kerusi Parlimen Gombak kepada calon PM pilihan pembangkang diketuai DAP Tun Dr Mahathir Mohamad pada pilihan raya umum ke-14 yang tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Niat tersirat dan tersurat Azmin Ali diragui.

Kajian dan analisis menunjukkan Parlimen Gombak bukan kerusi selamat buat Azmin Ali sendiri selepas PAS memutuskan kerjasama dengan PKR, dan lebih berbahaya buat Mahathir yang sememangnya dibenci oleh orang-orang PAS sejak dahulu lagi.

Azmin Ali sendiri tidak akan dapat mempertahankan Gombak apabila berlaku pertandingan 3 penjuru. Pengundi Gombak merupakan pengundi bandar yang melalui reformasi zaman Dr Mahathir. Mereka nampak apa yang berlaku. Mereka membenci Mahathir sepenuh hati.

Kerusi Gombak antara kerusi yang mempunyai jumlah penyokong PAS dan BN yang ramai. Dua daripada 3 DUN di bawah Parlimen itu dimenangi PAS sejak 2 penggal lalu.

Azmin memenangi Parlimen Gombak sejak 2008. Beliau menumbangkan Datuk Said Anuar Said Ahmad dari Barisan Nasional pada PRU12 dengan majoriti 6,867 undi, dan sekali lagi mempertahankan kerusi itu pada PRU13 dengan majoriti undi merosot kepada 4,734 undi.

Semalam Mahathir telah menolak tawaran Azmin Ali untuk mengundur diri dari kerusi Parlimen Gombak yang disandangnya sejak 2008. Sebaliknya beliau lebih berminat kepada tiga kerusi iaitu Langkawi, Kubang Pasu dan Putrajaya.

Zaid Ibrahim telah memberi peringatan terbuka yang berkata Mahathir belum tentu menang di Kubang Pasu, Putrajaya mahupun Langkawi. Mahathir sendiri makin gementar untuk berhadapan dengan PRU14. Beliau menyedari kini tidak ada lagi kerusi selamat untuk diri sendiri. Rakyat tahu segala kejahatan yang beliau lakukan sebelum ini.

Persoalannya, adakah Azmin Ali cuba “gulaikan” Mahathir di Gombak? Desas desus bertiup kencang mengatakan Azmin juga berminat untuk dicalonkan sebagai perdana menteri pilihan pembangkang yang diketuai DAP.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...