Get $25 free
loading...

Alami Histeria, Pelajar Jatuh Bangunan Sekolah

Share This:

Gara-gara mengalami histeria, seorang pelajar perempuan tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jenagor, di sini terjatuh dari tingkat satu bangunan sekolah pagi tadi.

Kejadian pada 7.20 pagi itu menyebabkan sesi persekolahan berhenti seketika.

Menurut sumber, mangsa yang dikenali sebagai Nor Arwa Natasha Ramlee dilaporkan baru sahaja pindah memasuki sekolah tersebut pada 3 Januari lalu.

Sebelum ini pelajar terbabit bersekolah di SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.

Bapa mangsa, Ramlee Sulong, mendakwa bahawa anaknya mengalami kemurungan dan sering berhalusinasi selama dua tahun dan telah menghantar anaknya itu ke Madrasah Khairul Insan, Jenagor, dengan tujuan untuk memulihkan penyakit kemurungan.

Akibat kejadian itu, mangsa telah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk pemeriksaan lanjut kerana cedera di bahagian kepala.

Bagaimanapun, pihak hospital sedang melakukan pemeriksaan lanjut termasuk ujian X-ray ke atas mangsa untuk mengenalpasti kecederaan lain.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...