Get $25 free
loading...

Air Mata Puan Rubiah Jatuh Di Bahu Kayveas

Share This:

Warga emas tidak menyangka sapaan dengan Presiden myPPP di sebuah kedai membawa seribu erti buatnya di Cameron Highlands.

Menurut sumber, Puan Rubiah bt. Samah yang sempat beramah mesra dengan Tan Sri M Kayveas ketika itu menyampaikan keinginan beliau untuk melakukan ibadah Umrah di bumi Mekah tetapi kekangan kewangan menjadi penghalang niatnya.

Kayveas terharu dengan keinginan seorang warga emas bercerita dengan linangan air mata telah membuat kejutan apabila menawarkan tajaan sepenuhnya dari beliau sendiri untuk membolehkan Makcik Rubiah mencapai hajatnya.

Tergamam dengan kesungguhan Kayveas, Pn Rubiah atau lebih mesra di panggil Kayveas sebagai ‘Emak’ tidak mampu menahan tangisan.

Semalam semasa bersantai selepas menghadiri program, Pn Rubiah menerima tajaan menunaikan Umrah berjumlah RM6290 daripada Tan Sri Kayveas dalam majlis tanpa perancangan.

Linangan kesyukuran jelas kelihatan dan Kayveas sendiri menahan sebak apabila warga emas tersebut memeluk beliau sebagaimana ibu dan anak.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...