Get $25 free
loading...

’48 warga asing, termasuk rakyat Malaysia, latih militan di Mindanao’

Pakar berkata warga asing berkenaan turut memberikan kemahiran teknikal, dana dan galakan moral kepada militan.

isis-phillipines-1PETALING JAYA: Hampir 50 orang militan asing, termasuk rakyat Malaysia dan Indonesia, sedang beroperasi di selatan Filipina, kata seorang pegawai kanan tentera menurut laporan media.

Akhbar Filipina, The Philippine Inquirer semalam, memetik timbalan ketua turus perisikan tentera, Mejar Jeneral Fernando Trinidad sebagai berkata, 48 warga asing secara aktif terlibat dalam melatih rekrut pengganas di Mindanao.

Fernando berkata demikian dalam pembentangan kepada Mahkamah Agung Filipina. Keterangannya itu bagi mewajarkan pengisytiharaan melanjutkan undang-undang tentera di rantau itu.

Laporan itu berkata pada November tahun lepas, Trinidad mendakwa 15 pengganas dari Malaysia dan Indonesia memasuki Mindanao untuk membantu kumpulan yang diilhamkan IS di Saranggani.

Beliau berkata 16 militan Indonesia memasuki Mindanao untuk memberi bantuan dan latihan kepada kumpulan Abu Sayyaf di Basilan dan kumpulan Maute di Lanao del Sur.

Dua kumpulan itu bertanggungjawab ke atas perang 5 bulan dengan tentera di bandar Marawi.

Seorang warga Mesir juga didapati memasuki selatan Filipina bulan ini, kata Trinidad.

“Militan-militan asing ini hampir tidak relevan tetapi kumpulan dan gerakan tempatan akan menerima mereka,” kata seorang profesor yang mengkaji isu keselamatan di Asia Tenggara, Zachary Abuza kepada FMT.

“Mereka mungkin menyediakan kepakaran teknikal, atau menjadi sumber dana, mengisi tempat-tempat kosong atau memberi galakan moral.

“Lebih penting, mereka boleh rapatkan jurang dan persaingan antara kumpulan berbeza.”

Profesor di Kolej Perang Kebangsaan di Washington itu berkata kehadiran militan asing di selatan Filipina menyatukan kumpulan-kumpulan tempatan yang berpecah belah.

“Kerana militan asing ditakrifkan sebagai orang luar, mereka boleh merapatkan perbezaan etnik, suku atau politik,” katanya.

“Mereka boleh cuba mengatasi perbezaan remeh itu yang sering merumitkan kerjasama antara kumpulan.

“Secara individu, kumpulan-kumpulan itu terlalu kecil untuk memberikan apa-apa ancaman, tetapi kerjasama strategik atau taktikal menjadi mengandakan kekuatan mereka.”

Seorang penganalisis yang pakar dalam isu terorisme di Asia Tenggara, Pawel Wojcik berkata, seorang perekrut Filipina, yang digelar Abu Dar, mungkin bertanggungjawab ke atas perekrutan warga asing dari rantau itu.

Abu Dar dikehendaki pihak berkuasa Filipina kerana menjalankan perekrutan untuk IS sebelum perang Marawi yang berakhir Oktober tahun lepas.

“Berdasarkan apa yang kami tahu dan maklumat yang kami terima setakat ini, majoriti militan asing dari Malaysia dan Indonesia mungkin terlibat dengan kumpulan Abu Dar yang kita tahu beroperasi sekitar Tasik Lanao,” katanya kepada FMT.

“Walaupun tentera Filipina berkata Abu Dar hanya merekrut orang tempatan, kalau dia mempunyai hubungan dengan semua rangkaian IS di rantau itu, sudah tentu dia terlibat dalam merekrut militan asing dari rantau itu.

“Atau sekurang-kurangnya, dia mungkin ada kaitan dengan perekrutan melalui utusan khas atau pesanan sulit dengan kumpulan lain dalam rangkaian itu.”


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...