Get $25 free
loading...

Wanita Dakwa Lakukan Seks Dengan Makhluk Ghaib

Share This:

Seorang wanita di Aberystwyth, Wales dari London mendakwa dia melakukan hubungan seksual ‘luar biasa’ dengan makhluk ghaib pada abad ke-19 semasa tinggal bersendirian di sebuah perkampungan terpencil.

Sian Jameson berkata dia terlihat makhluk ghaib tersebut yang juga seorang lelaki dalam lukisan bersejarah yang diletakkan di satu sudut ruang tamu yang didiaminya.

Menurut sumber berkata,wanita berusia 26 tahun itu berhijrah ke sebuah kotej yang terletak selepas berpisah dengan teman lelakinya tiga tahun lalu.

“Ke mana sahaja saya pergi pasti mengingatkan saya dengan bekas teman lelaki saya. Jadi saya perlu memulakan kehidupan yang baharu,” katanya.

Ditanya mengenai kotej yang didiaminya sekarang, Sian berkata: “Pemiliknya turut meninggalkan buku dan juga lukisan lama.”

“Salah sebuah lukisan menarik perhatian saya. Ia diletakkan di ruang tamu. Ia lukisan seorang lelaki muda yang kacak dan bertarikh 1820.

Sian mula mengalami mimpi erotik.

“Saya bangun pagi dan terfikir saya seperti masih ada kekasih. Namun saya lega apabila mendapati diri saya sudah kembali solo.

“Beberapa bulan kemudian selepas berpindah, saya bangun pagi dan terlihat seorang lelaki kacak baring di sisi saya.

“Dia berpakaian lengkap dengan baju putih yang longgar dan memakai seluar gaya lama.

“Ketika saya menghadap ke dinding, perlahan-lahan saya menyedari saya tidak tidur dan merasakan pinggang saya seperti dirangkul,” katanya.

Sian berkata nalurinya menyatakan lelaki tersebut adalah makhluk ghaib dan menyerupai lelaki dalam lukisan tersebut.

“Kami mula menjalin hubungan asmara. Dia beritahu namanya adalah Robert dan pernah wujud di muka bumi 100 tahun lalu.

“Kami tidak bercakap. Dia seolah-olah berkomunikasi dengan saya secara telepati.

“Saya benar-benar bingung tentang apa yang berlaku dan saya tertanya-tanya sama ada ia berlaku sama sekali.

“Akhirnya saya beritahu diri sendiri bahawa ia hanyalah mimpi dan enggan terlalu memikirkan mengenainya,” kata Sian.

Namun pada suatu hari Sian berkata lelaki tersebut sudah pergi meninggalkannya.

“Saya menangis apabila dia meninggalkan saya malam itu. Saya fikir saya sudah jatuh cinta dengannya,” kata Sian.

Bagaimanapun, Sian kini sudah menemui cinta sejatinya.

Menurutnya,kekasihnya,Robert berfikir ia sesuatu yang kelakar dan menganggap ia hanyalah mimpi.

Namun,Sian merasakan perkara itu bukan mimpi, seolah-olah ia benar-benar berlaku.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...