Get $25 free
loading...

Umno terdesak perlukan sokongan Melayu, kata pembangkang

Pemimpin DAP, PKR berkata tindakan Najib Razak timbulkan keturunan Dr Mahathir ketika berucap di Perhimpunan Agung Umno kebudak-budakan dan tidak relevan.

tengku-Zulpuri-Shah-Raja-Puji_umno_new_600

Tengku Zulpuri Shah Raja Puji

PETALING JAYA: Umno nampak terdesak perlukan sokongan masyarakat Melayu sehingga mereka terpaksa menyerang keturunan seteru politik mereka, kata Naib Pengerusi DAP Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

Adun Mentakab mengulas ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Agung Umno hari ini yang mengatakan Umno pernah “mengiktiraf” pelbagai etnik termasuk etnik “Malabari” dari Kerala, India sebagai sebahagian “bangsa Melayu”.

Najib berkata keterbukaan itu membuktikan Umno tidak terperangkap dengan pemikiran sempit, dan parti itu tidak pernah menyuruh orang bukan Melayu pulang ke tempat asal.

Ucapan itu dilihat seperti serangan terhadap Dr Mahathir, kini pengerusi Pakatan Harapan.

Najib sebaliknya menuduh “seorang bekas presiden Umno” terperangkap dalam kerangka pemikiran penjajah sehingga sanggup menghina keturunan Bugis.

“Pemimpin Umno sangat kebudak-budakan apabila menyerang seseorang kerana latar belakang etnik,” kata Tengku Zulpuri.

Beliau berkata tindakan itu contoh Umno cuba meraih sokongan orang Melayu menggunakan kad perkauman.

Sementara itu, Datuk Saifuddin Abdullah dari PKR dan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, Najib cuba mengalihkan pandangan daripada isu lain, seperti 1MDB, dengan menyerang pengerusi PPBM itu.

“Najib terpaksa menggunakan cara sebegini untuk menjawab pengkritik dan sekarang cuba mendapatkan simpati masyarakat berketurunan Bugis,” kata Saifuddin.

Khalid pula berkata isu “Malabari” tidak relevan ditimbulkan kerana Najib sepatutnya menjawab skandal 1MDB.

“Atau dia boleh juga bercakap mengenai dasar dan membanding pencapaian antara eranya dengan era Dr Mahathir,” katanya.

Ketua Penerangan PPBM Kamaruddin Mohd Noor berkata Najib selaku perdana menteri sepatutnya menjawab kritikan Dr Mahathir secara berilmu dan bukannya kata-mengata.

“Dia kata dia pahlawan Bugis tapi berapa kali dia elak berdebat dengan Dr Mahathir,” soal Kamaruddin, merujuk kepada forum “Nothing to Hide”.

Kamaruddin berkata pengundi tidak akan terpengaruh dengan keturunan seseorang pemimpin apabila memilih wakil rakyat mereka.

“Mereka menilai prestasi pemimpin dan cara pemimpin selesaikan masalah.”

Forum “Nothing to Hide” diadakan 2 kali dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini. Forum bertujuan memberi ruang kepada Dr Mahathir dan Najib bercakap mengenai skandal 1MDB dan isu lain yang menjejaskan negara.

Najib bagaimanapun tidak tampil di kedua-dua forum itu. Kali terakhir forum “Nothing to Hide” diadakan di Shah Alam 13 Ogos lepas, kekecohan meletus apabila seorang hadirin membaling suar ke arah Dr Mahathir yang berada di pentas.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...