Get $25 free
loading...

Tak mudah laksana pengiktirafan Baitulmaqdis, kata presiden Turki

OIC akan mengadakan mesyuarat tergempar di Turki pada 13 Disember ini bagi menyelaraskan respons terhadap keputusan Washington.

erdoganISTANBUL: Presiden Turki berkata, keputusan yang akan dibuat dalam mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bakal menunjukkan pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) ke atas Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, tidak mudah dikuatkuasakan.

Seorang jurucakap Recep Tayyip Erdogan pada Rabu lalu mengumumkan OIC akan mengadakan mesyuarat tergempar di Turki pada 13 Disember ini bagi menyelaraskan respons terhadap keputusan Washington.

OIC yang ditubuhkan pada 1969 terdiri daripada 57 negara anggota dengan majoriti atau populasi besar umat Islam.

“Kami menjelaskan kepada semua interlokutor kami yang keputusan AS tidak mematuhi undang-undang antarabangsa, diplomasi atau kemanusiaan,” kata Erdogan dalam perhimpunan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) di wilayah tengah Sivas di Turki.

Beliau merujuk panggilan telefon yang dibuatnya kepada pemimpin beberapa negara, termasuk Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Pope.

“Dengan hala tuju yang akan kami buat pada mesyuarat OIC, kami akan menunjukkan keputusan itu tidak mudah dilaksanakan,” katanya sambil menambah Turki menganggap pengumuman Presiden AS, Donald Trump mengenai Baitulmaqdis tidak sah.

Liga Arab dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat tergempar di Kaherah pada Sabtu menyifatkan pengumuman AS “pelanggaran berbahaya undang-undang antarabangsa” dan mereka akan menggesa menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) meluluskan usul menolak keputusan Washington itu.

Liga Arab kini mempunyai 22 negara anggota aktif.

Pengumuman Trump pada Rabu lalu mengecewakan sekutu AS di Barat.

Perancis, Itali, Jerman, Britain dan Sweden melalui PBB menggesa AS “mengemukakan cadangan terperinci untuk penyelesaian isu Israel dan Palestin”.

Penduduk Palestin mengadakan protes susulan keputusan Washington. Demonstrasi turut diadakan di Iran, Jordan, Tunisia, Somalia, Yaman, Malaysia dan Indonesia, serta di luar Kedutaan AS di Berlin.

Turki, Perancis cuba pujuk AS pertimbang iktiraf Baitulmaqdis


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...