Get $25 free
loading...

‘Presiden, timbalan menang tak bertanding dapat elak perpecahan’

Beberapa perwakilan Umno berkata, usul itu memberi kelebihan kepada pucuk pimpinan Umno untuk menumpukan gerak kerja bagi menghadapi PRU14 dengan tenang.

Perwakilan Umno Ledang, Johor, Azfar Idrus berkata tindakan itu beri kelebihan pada partinya dan dapat mengelakkan daripada perpecahan.

Perwakilan Umno Ledang, Johor, Azfar Idrus berkata tindakan itu beri kelebihan pada partinya dan dapat mengelakkan daripada perpecahan.

KUALA LUMPUR: Beberapa perwakilan Umno setuju dengan tindakan parti meluluskan usul jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Perwakilan Umno dari Ledang di Johor, Azfar Idrus berkata, tindakan itu dapat mengelakkan perpecahan.

“Usul ini memberi kita satu kelebihan untuk menumpukan gerak kerja pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Dengan tiada pemilihan, dapat elakkan perpecahan dalam Umno. Kita tumpukan pada penyatuan. Kita sokong dan kita lihat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga seorang yang setia dan bekerja keras,” katanya kepada FMT di Perhimpunan Agung Umno hari ini.

Umno hari ini sebulat suara meluluskan usul dikemukakan sayap Pemudanya supaya 2 jawatan tertinggi dalam parti itu menang tanpa bertanding pada pemilihan akan datang.

Pemilihan Umno sepatutnya diadakan tahun lalu, tetapi ditangguhkan bagi membolehkan parti itu fokus kepada persiapan PRU14 yang dijangka diadakan tahun depan. Pemilihan Umno dijangka diadakan selepas PRU14.

Ini bermakna, Datuk Seri Najib Razak tidak akan dicabar sekiranya dicalonkan untuk jawatan presiden bagi penggal baharu dan Zahid yang menggalas tugas timbalan presiden juga boleh menang tanpa bertanding, jika beliau dicalonkan untuk jawatan itu.

Pengerusi Tetap Umno, Tan Sri Badruddin Amiruddin meluluskan usul itu di sesi pagi Perhimpunan Agung Umno hari ini selepas disokong sebulat suara oleh perwakilan. Usul itu dikemukakan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin Rabu lalu.

Umno turut mengambil ketetapan supaya Datuk Seri Hishammuddin Hussein terus menyandang jawatan naib presiden.

Perwakilan Umno Sandakan, Sabah, Abdul Hamid Sabal berkata apa yang penting Umno dapat menang majoriti dalam PRU14 nanti.

Perwakilan Umno Sandakan, Sabah, Abdul Hamid Sabal berkata apa yang penting Umno dapat menang majoriti dalam PRU14 nanti.

Sementara itu, Perwakilan Umno dari Sandakan, Sabah, Abdul Hamid Sabal juga sependapat usul itu akan membolehkan pemimpin tertinggi parti menghadapi PRU14 dengan tenang.

“Umno ini kalau ada pertandingan akan ada perpecahan. Kita mahu menang besar dalam PRU14,” katanya.

Perwakilan Umno dari Libaran, Sabah, Juslie Ajirol pergeseran dalam Umno sebelum ini membolehkan partinya kali ini lebih berhati-hati dan bersedia untuk hadapi PRU14.

Perwakilan Umno dari Libaran, Sabah, Juslie Ajirol pergeseran dalam Umno sebelum ini membolehkan partinya kali ini lebih berhati-hati dan bersedia untuk hadapi PRU14.

Bagi Juslie Ajirol dari Libaran di Sabah, pergeseran dalam Umno sebelum ini mengingatkan parti itu untuk lebih berhati-hati dan bersedia menghadapi PRU14.

Katanya, apa yang penting ialah semua ahli dan pimpinan Umno perlu bersatu berdepan PRU14.

“Jadi, baik kita mulakan perpaduan kembali dan mungkin perkara besar akan dapat diselesaikan.”

Jawatan presiden, timbalan tidak dipertandingkan, Hishammuddin kekal


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...