Get $25 free
loading...

PPBM tiada masalah bukan Islam jadi menteri kewangan, gabenor BNM

Rais Hussin berkata pelantikan ke jawatan penting harus berdasarkan merit, kemahiran, pengetahuan dan kebolehan seseorang melaksanakan tugas.

Rais-HussinPETALING JAYA: Selepas membidas presiden PAS sebagai bersifat perkauman, PPBM berkata partinya tidak mempunyai masalah jika bukan Islam memegang jawatan penting kerajaan dan kabinet termasuk portfolio kewangan yang selama ini dipegang Melayu Islam dari Umno.

Ketua Biro Strategi dan Dasar PPBM, Datuk Rais Hussin berkata berkata pelantikan ke jawatan penting harus berdasarkan merit, kemahiran, pengetahuan dan kebolehan seseorang melaksanakan tugas.

Jawatan penting itu termasuk kewangan dan gabenor Bank Negara Malaysia, katanya.

“Pandangan orang bukan Islam di negara kita penting dan keupayaan mereka membuat keputusan untuk diri mereka adalah kritikal untuk mewujudkan keharmonian.

“Kita memerlukan pemahaman yang lebih baik tentang pandangan masing-masing dan pada masa yang sama menghargai kepelbagaian yang kita ada ke arah membina negara yang makmur.

“Rasisme dan prasangka sering berakar umbi dalam ketakutan kehilangan kawalan,” katanya apabila ditanya sama ada dasar partinya berbeza dengan cadangan presiden PAS.

Rais bagaimanapun setuju bahawa tidak realistik untuk menjangkakan bukan Islam menjadi perdana menteri Malaysia.

“Ia seperti menjangkakan orang Islam menjadi presiden Amerika Syarikat.”

Hadi dalam sebuah artikel minggu lalu mencadangkan orang bukan Islam boleh memegang jawatan dalam Kabinet tetapi hanya dalam peranan sebagai teknokrat dan bukan jawatan yang membuat keputusan.

“Dalam aspek politik, Islam tegas mewajibkan kepimpinan utama yang menjaga dasar dan konsepnya daripada penganut Islam dan menerima bukan Islam dalam aspek kepakaran dan pengurusan, bukannya perkara dasar dan konsep. Maka, Islam menerima kedudukan bukan Islam melalui pilihan raya atau konsep kerajaan teknokrat,” kata Hadi.

Naib Presiden Amanah Datuk Mujahid Yusof Rawa pula berkata tidak timbul isu sama ada orang bukan Islam boleh atau tidak dilantik ke jawatan kanan yang membuat keputusan.

“Kita tidak akan diheret oleh pemikiran mundur yang meletakkan orang Islam atau bukan Islam di jawatan tertentu. Sekiranya ia berkaitan agama Islam, tentu saja kita tidak boleh meletakkan orang bukan Islam sebagai imam atau menteri hal ehwal Islam,” kata Mujahid.

Mujahid berkata dalam konteks sistem demokrasi Malaysia, orang Islam dan bukan Islam menikmati kewarganegaraan yang sama.

“Saya rasa kita patut tinggalkan politik perkauman dan memilih pemimpin berdasarkan kebolehan mereka. Kita harus memikirkan tentang apa dan di mana Malaysia akan berada, dalam konteks budaya dan latar belakang kita yang pelbagai,” katanya.

Kali terakhir seorang bukan Melayu memegang portfolio kewangan adalah lebih 40 tahun lalu, apabila Tun Tan Siew Sin memegang jawatan itu selama 15 tahun sehingga 1974.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...