Get $25 free
loading...

Pengawal Dipenjara,Sebat Akibat Rogol Gadis Bawah Umur

Share This:

Seorang pengawal keselamatan mengaku bersalah atas pertuduhan merogol gadis yang berumur 16 tahun 11 bulan itu di dalam bilik sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 22 November lalu.

Pada hari ini,Satah Nasil Ibrahim, 39, dikatakan telah dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan rotan oleh Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-kanak kerana merogol seorang gadis bawah umur.

Menurut sumber,Hakim Mahkamah Sesyen Yong Zarida Sazali memerintahkan supaya hukuman penjara ke atas Satah bermula dari tarikh tangkapan pada 30 November tahun ini.

Menurut fakta kes yang dibentangkan pihak pendakwaan, gadis itu berkenalan dengan Satar menerusi laman sesawang sosial dan Satar kemudian meminta gadis itu berjumpa dengannya di depan sebuah perhentian bas pada hari berkenaan.

Fakta kes itu menyatakan gadis itu memberitahu rakannya tentang insiden terbabit, yang kemudiannya memaklumkan kepada nenek mangsa. Ibu mangsa yang selepas itu mendapat tahu tentang insiden itu, mendesak anaknya supaya membuat laporan polis.

​​​​​​​Ketika rayuan, Satar yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman penjara yang ringan atas alasan dia mempunyai seorang anak berumur lima tahun dan perlu menyara ibu bapanya.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Izzat Fauzan, yang meminta mahkamah menjatuhi hukuman lebih berat, berkata kes seperti itu semakin berluasa, bermula dengan berkawan menerusi laman sesawang sosial dan seterusnya mengambil kesempatan untuk melakukan rogol.

Menurut beliau, mahkamah perlu mempertimbangkan kepentingan awam dan memastikan keselamatan kanak-kanak yang mungkin menjadi mangsa.

Comments

comments

Related Post

Ibu Sibuk,Anak Dibiar Layan Nafsu Suami
Dirogol Bapa Tiri 10 Kali Sehari, Budak 9 Tahun Ki...
Kanak-kanak Usia Sembilan Tahun Mengandung,Dirogol...
Video Majikan Cuba Merogol Pembantu Rumah


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...