Get $25 free
loading...

#PAU2017 : Wakil UMNO Kapar Petik Firman Allah Tentang Perpaduan

Share This:

Seorang perwakilan UMNO dari Selangor menyatakan bahawa ada firman Allah yang melarang perpecahan umat Islam sesama sendiri.

Wakil berkenaan dari UMNO Bahagian Kapar, Khairul Anuar Saimun dalam ucapan perbahasan usul Ucapan Dasar Presiden memetik Surah Ali Imran ayat 103 dan berkata, asas tertubuhnya UMNO adalah penyatuan 26 pertubuhan bangsa Melayu di Istana Besar Johor bagi menuntut kemerdekaan.

“UMNO tertubuh dengan firman Allah. Berpegang teguh dengan tali Allah dan jangan kamu berpecah belah,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden Umno di Perhimpunan Agung Umno ke-17 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, hari ini.

Petikan penuh ayat tersebut adalah: “Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara.”

Khairul berkata, melalui resolusi UMNO Selangor yang diluluskan minggu lalu, mereka menggesa ahli parti Melayu itu menyokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Zahid merupakan naib presiden yang sedang memangku tugas Timbalan Presiden, selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat parti itu pada 24 Jun 2016.

Katanya, krisis kepimpinan dihadapi Umno adalah lumrah parti politik, namun atas semangat cintakan parti, ahli tetap bersama Umno walaupun ada pemimpin yang meninggalkan parti itu.

“Waktu krisis berlaku, adakah kita bersama PKR atau bersama Umno. Kita tetap dalam Umno mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu kerana dia presiden dan perdana menteri, bukan kerana nama dia Mahathir,” katanya merujuk pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri selepas dakwaan kes liwat yang memecahbelahkan Umno.

“Hari ini Najib jeneral kita sebagai presiden dan perdana menteri, kerana itu kita pertahankan beliau,” katanya.

Selain Muhyiddin, Majlis Tertinggi (MT) Umno turut memecat bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada hari sama kerana melanggar disiplin parti, selepas mengkritik Datuk Seri Najib Razak secara terang-terangan berhubung kontroversi 1MDB, dipecat selepas Majlis Tertinggi (MT) Umno mendapati mereka telah melanggar displin parti.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...