Get $25 free
loading...

#PAU2017 : Kasih Sayang Najib Tiada Batasan

Share This:

Kadang kala kesibukan Datuk Seri Mohd Najib selaku Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Barisan Nasional dan Perdana Menteri, cukup menyesakkan. Ramai juga yang tertanya-tanya, bagaimanakan beliau mampu menggalas pelbagai tugasan yang bagi orang biasa lihat sebagai cukup melelahkan.

Semasa berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO kali ke 71, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Presiden UMNO masih berkesempatan meninjau perbahasan para perwakilan di ketiga-tiga sayap parti, Pergerakan Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda UMNO dan Pergerakan Puteri UMNO.

Apa yang mencuri tumpuan lensa kamera adalah semasa beliau meninjau perbahasan Pergerakan Puteri UMNO, beliau sempat memangku seorang bayi dari salah seorang perwakilan yang hadir di Dewan Merdeka, PWTC. Nampaknya, beliau kasih sayang beliau pada kanak-kanak tidak pernah mengenal tempat dan masa.

Kebetulan, ibu kepada bayi berkenaan dapat ditemui semasa sesi perbahasan berhenti rehat tengah hari tadi. Ketika ditanya perasaannya, beliau cukup berbangga apabila dari ramai bayi dan kanak-kanak yang hadir pada perhimpunan ini, anaknya bertuah dipangku oleh pemimpin tertinggi negara.

Mengimbas semula saat-saat indah berkenaan, beliau memberitahu, saat berkenaan berlaku secara tiba-tiba apabila Presiden UMNO berkenaan duduk berhampiran dengannya dan secara tiba-tiba Datuk Seri Mohd Najib meminta bayinya untuk dipangku.

Kebetulan pada ketika itu bayi yang bernama Fatima Az Zahra itu sedang tidur dan apa yang menariknya, secara tiba-tiba bayinya terjaga dan hanya merenung wajah Presiden UMNO tanpa menangis seperti biasa.

Ujarnya, beliau tidak akan melupakan saat berkenaan sampai bila-bila dan dia akan memotretkan gambar anaknya semasa dipangku oleh Datuk Seri Mohd Najib pada petang yang paling akan diingati olehnya.

Nampaknya, sifat penyayang Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak mengenal masa dan tempat. Beliau memang cukup menggemari bayi dan kanak-kanak dan kemana sahaja beliau pergi, gambar beliau memangku atau mendukung bayi atau kanak-kanak pasti akan dipotretkan oleh lensa-lensa kamera.

Comments

comments

Related Post

#PAU2017 : PAU Pertama Dihiasi Dengan Teknologi
Azmin Ali Ingkar Pesanan Arwah Abah?
Dr Mahathir,Muhyiddin Cuba Sembunyikan Rekod Kewan...
Mahathir Menyalahkan Belia Pula?


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...