Get $25 free
loading...

#PAU 2017 : Arul Kanda Datang Beri Sokongan Walaupun Bukan Ahli Umno

Share This:

Pada majlis Perhimpunan Agung UMNO ke-71 semalam, kehadiran Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy yang kelihatan segak berbaju Melayu merah, lengkap bersongkok dan bersamping di Pusat Dagangan Dunia Putra menjadi tular kerana beliau bukan ahli umno.

Namun,ketika majlis itu berlangsung,bukan Azrul Kanda sahaja yang hadir ,malah parti lain yang bukan ahli umno juga turut hadir untuk sama-sama memberi sokongan dan tidak mahu ketinggalan mendengar amanat Presiden sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Lebih menarik, dilaporkan dalam persidangan UMNO kali ini, UMNO menerima delegasi luar negara seramai 95 orang delegasi, mewakili 20 parti melibatkan 16 buah negara.

Perhimpunan Agung Umno bermula secara rasminya semalam dengan ucapan dasar disampaikan presidennya Datuk Seri Najib Razak.

Hari ini perwakilan bersidang lagi untuk hari kedua sebelum pertemuan tahunan itu menutup tirainya petang esok.

Menurut sumber, perasmian Perhimpunan Agung Umno adalah majlis terbuka untuk semua parti komponen BN, pertubuhan bukan kerajaan, GLC dan tetamu asing.

Sememangnya perhimpunan semalam menurut Najib sungguh berbeza auranya dengan catatan rekod kehadiran paling ramai jumlah perwakilan, ahli, para pemerhati dan juga media.

Jelas perhimpunan kali ini memberi aura positif bukan sahaja kepada ahli UMNO, malah parti lain juga turut berminat untuk hadir dan mendengar amanat Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO ke-71 ini.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...