Get $25 free
loading...

Misi KE7B : Qobin Berjaya Berski Sejauh 22Km Lagi

Share This:

Penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin yang telah memulakan penjelajahan berski menuju ke titik 90 darjah Kutub Selatan bermula 23 Dec 2017 lalu berjaya berski sejauh 22km lagi pada hari ini walaupun dalam penuh kepayahan.

“Alhamdulillah, Qobin dapat meneruskan perjalanannya pada hari ini walaupun keadaan jarinya belum pulih sepenuhnya berikutan suhu 26 darjah selsius yang menyebabkan tangan kirinya mengalami kebas berpanjangan dan tidak boleh merasa apa-apa”,memetik status terbaharu yang dimuat naik menerusi akaun Facebook Penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof.

“Walaupun ada penjelajah dari negara lain terpaksa dibawa keluar dari Kutub Selatan kerana keadaan kesihatan mereka yang merosot dan tidak tahan dengan cuaca yang ekstrem, namun Qobin berjaya mengekalkan semangatnya untuk menamatkan misi ini” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Datuk Akmar Hisham juga mengucapkan tanda syukur pada Ilahi kerana menolong Qobin untuk bergerak pada hari ini dan tidak lupa juga pada rakyat Malaysia yang mendoakan Qobin untuk melihat penjelajah termuda ini berjaya dan sihat.

Menerusi maklumat terkini melalui facebook Penasihat KE7B, Qobin juga memaklumkan perjalanannya hanya berbaki 26 km sahaja lagi dan beliau bertekad untuk sampai ke titik 90 darjah Kutub Selatan pada Khamis, 28 Disember ini (bersamaan awal pagi 29 Disember waktu Malaysia) walaupun terpaksa menanggung keperitan.

Dalam perbualan singkat melalui telefon satelit, beliau dimaklumkan oleh Qobin yang juga Presiden KE7B, meminta rakyat Malaysia terus mendoakan kesihatannya terutama keadaan tangannya supaya beliau dapat sampai ke titik 90 darjah dalam keadaan selamat tanpa kecederaan.

Sehingga hari ini Qobin telah berjaya menamatkan perjalanan sejauh 85 km dan esok beliau bertekad untuk berski antara 10 hingga 11 jam untuk menamatkan baki 26 km lagi.

Justeru, Datuk Akmar Hisham menyeru semua rakyat Malaysia mendoakan kejayaan untuk Qobin bagi membolehkannya menjadi rakyat Malaysia pertama yang bergelar sebagai Penjelajah Grand Slam dan juga umat Islam termuda yang berjaya melakukan misi ini.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...