Get $25 free
loading...

Malaysia Mampu Uruskan Isu Baitulmaqdis

Share This:

Isu membabitkan Palestin sentiasa dekat di hati Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri beliau sudah dua kali menyinggahi bumi Ambiya berkenaan bagi bertemu dengan pemimpin Hamas dan melihat sendiri penderitaan rakyat Palestin yang teruk tertindas di tanahair mereka sendiri.

Ramai melahirkan kebimbangan berhubung perkembangan baru yang berlaku di Palestin apabila Presiden Amerika, Donald Trump semalam secara rasmi mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai Ibu Negara baru Israel. Manakan tidak, pengiktirafan berkenaan telah membuka jalan buat pengganas untuk menjadikan penentangan pengiktirafan berkenaan sebagai modal untukmelancarkan serangan.

Dalam hal ini, nampaknya sekali lagi Malaysia akan memainkan peranan sebagai sebuah negara pengaman. Sebelum ini, menerusi usaha berterusan yang dilakukan Malaysia menerusi Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Malaysia berjaya mendapatkan kelulusan 1 resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menghalang Israel dari membina perumahan haram mereka di bumi Palestin.

Malah, Malaysia juga antara negara penggerak kepada pembelaan nasib penduduk Rohingya yang diancam penghapusan etnik oleh tenteran Myanmar. Tidak kurang juga peranan Malaysia dalam membenteras dan menghapuskan pengaruh Daesh di Asia Tenggara turut mendapat perhatian negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat.

Justeru, tidak hairanlah apabila Malaysia sekali lagi bakal memainkan peranan besar dalam usaha antarabangsa menghalang pengiktirafan berkenaan dari terus berlaku. Pastinya Malaysia akan mengutarakan kebimbangan antarabangsa berhubung nasib penduduk Palestin sebelum masalaha ini menjadi lebih kronik seperti bangkitnya gerakan Intifada di bumi Palestin.

Pengalaman Malaysia dalam menangani konflik seperti ini hari ini amat dituntut oleh Hamas dan PLO yang cukup tertekan dengan keputusan yang dibuat oleh Donald Trump. Di peringkat politik, Daatuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pastinya akan mengadakan perbincangan tertutup bagi mendesak Amerika Syarikat menarik semula pengiktirafan berkenaan.

Harus diingat, hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika bukan baru sahaja berlangsung malah sudah mencapai angka 60 tahun lamanya. Malah, kedua-dua pemimpin pernah mengeluarkan kenyataan bahawa hubungan antara Malaysia dan Amerika telah mencapai tahap yang terbaik sejak 60 tahun yang lalu. Inilah senjata utama Malaysia dalam menyuarakan kebimbangan antarabangsa terutamanya dunia Islam.

Lebih menarik lagi, Malaysia turut mempunyai hubungan baik dengan beberapa negara kuasa besar seperti China dan Great Britain yang mungkin boleh digunakan untuk melemputkan pendirian Amerika Syarikat. Malah, Turki juga mungkin boleh digunakan untuk negara Islam mendesak Amerika menarik semula pengiktirafan berkenaan kerana negara berkenaan hari ini merupakan Pengerusi OIC.

Semuanya masih diperingkat permulaan dan Datuk Seri Mohd Najib pastinya enggan melihat negara Palestin ynag begitu dekat dihati beliau sekali lagi berhadapan dengan tindakan rakus Israel dan Amerika untuk kesekian kalinya.

Comments

comments

Related Post

#PAU 2017: Nurul Izzah Tidak Peduli Pengundi Di Le...
#PAU 2017 : Apa Lagi Yang Ada Pada Pembangkang Sel...
#PAU2017 : Kasih Sayang Najib Tiada Batasan
Azmin Ali Ingkar Pesanan Arwah Abah?


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...