Get $25 free
loading...

Majikan Perlu Hantar Permohonan Tutup Fail Cukai Pekerja Bersara Atau Meninggal Dunia

Share This:

Sebelum seseorang pekerja bersara atau ditamatkan perkhidmatan dari penggajian atau ingin meninggalkan Malaysia, bagi tempoh yang lama atau buat selama-lamanya atau meninggal dunia semasa masih dalam perkhidmatan, beberapa urusan rasmi perlu dilakukan.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab pihak majikan memaklumkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi membolehkan bayaran gaji terakhir atau pampasan, ganjaran dan lain-lain bayaran dapat dibuat.

Pihak syarikat perlu memohon Surat Penyelesaian Cukai (SPC) yang merupakan Surat Pelepasan yang dikeluarkan oleh LHDNM bagi urusan pembayaran yang dimaksudkan. Permohonan SPC ini juga perlu dilakukan bagi pekerja yang meningal dunia semasa masih dalam perkhidmatan.

Permohonan SPC oleh majikan perlu dilakukan dalam tempoh sebulan sebelum tarikh pemberhentian kerja atau penamatan perkhidmatan atau selepas kematian pekerja. Pilihan permohonan SPC boleh dilakukan melalui dalam talian atau penghantaran borang secara manual ke cawangan LHDNM yang berkaitan.

Bagi menjaga kepentingan majikan dan pekerja, majikan boleh menahan gaji, pampasan dan ganjaran pekerja tersebut sehingga SPC dikeluarkan oleh LHDNM. Permohonan ini kebiasaannya diproses dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh permohonan SPC yang lengkap diterima.

Dalam masa yang sama, pekerja tadi dinasihatkan mengemaskini kedudukan cukai taksiran semasa dengan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan dalam hal ini, pekerja masih perlu menghantar BNCP sehingga fail cukai ditutup secara kekal.

Justeru permohonan penutupan fail cukai boleh dilakukan secara bertulis ke cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan dan memastikan tiada baki cukai yang masih tertunggak.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari www.hasil.gov.my untuk keterangan lebih lanjut.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...