Get $25 free
loading...

LHDN Sentiasa Pupuk Kesedaran Cukai

Share This:

Kes pengelakan cukai atau lari dari tanggungjawab membayar cukai yang melampau pernah dilaporkan melibatkan 20 syarikat besar negara membabitkan jumlah hasil yang tiris sebanyak RM1.4 bilion.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) turut mendedahkan terdapat lebih daripada 50 syarikat terkemuka negara terlibat secara langsung dalam aktiviti pengelakan cukai yang menyebabkan negara kehilangan hasil berbilion ringgit.

Angka kerugian dari ketirisan cukai ini cukup besar memandangkan negara memerlukan hasil cukai yang mampan bagi memastikan segala perancangan dan kesinambungan polisi dapat diteruskan.

Seimbang dengan cabaran ini, LHDNM juga sentiasa memastikan kerancakan aktiviti pematuhan yang dilakukan menerusi program-program pematuhan sepanjang tahun seperti Task Force 2 bilion, Program Kunjungan Mesra Hasil, Ops Gegar Bersepadu dan Ops Kutip Nasional.

Walaupun secara dasarnya aktiviti-aktiviti pematuhan yang dijalankan ini adalah berteraskan penguatkuasaan, namun LHDNM tetap tidak mengabaikan aspek pendidikan cukai dengan memberikan penerangan secara terus kepada pembayar cukai mengenai cukai pendapatan.

Aktiviti kesedaran cukai yang lain seperti sesi taklimat kepada para majikan di agensi kerajaan dan swasta, kerjasama strategik dengan badan-badan profesional dan Institut Pendidikan Tinggi, perkhidmatan kaunter luar pejabat di lokasi terpilih, pengedaran risalah-risalah percukaian kepada orang awam, publisiti, wawancara dan penerbitan cukai.

Sehingga November tahun 2017, LHDNM telah berjaya menganjurkan 2,377 sesi Taklimat Percukaian, 33 program kolaborasi bersama-sama agensi kerajaan dan swasta, 39 Seminar Percukaian, hampir 700 Program Latihan Khidmat Sokongan Peniaga, 64 wawancara media, 14 penerbitan artikel dan hampir 11,000 publisiti melalui media elektronik, cetak dan dalam talian.

Disamping itu juga LHDNM menubuhkan beberapa jabatan dan bahagian seperti Jabatan Operasi Khas dan Bahagian Perancangan Cukai Agresif dalam membenteras isu ini.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...