Get $25 free
loading...

Kerjasama DAP Mahathir Gagal, UMNO Kini Makin Kuat

Share This:

DAP dijangkakan akan mula melihat semula kerjasama dengan Pengerusi PPBM, Mahathir Mohamad kerana kerjasama dengan mereka bukannya membuatkan UMNO semakin lemah malahan menjadikan UMNO lebih kuat dari sebelum ini. Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 kali ini juga dilihat merekodkan kehadiran pengunjung paling ramai di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Bukan itu sahaja, kekuatan semakin berpihak kepada UMNO manakala kepincangan semakin membelenggu Pakatan Harapan (PH) apabila parti pimpinan Mahathir juga menghadapi masalah dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Parti yang bermasalah itu masih belum mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan mesyuarat cawangan yang mana ia melanggar perlembagaan parti itu dan juga peraturan dengan ROS.

Dari sumber dalaman parti itu para pemimpin tertinggi sudah mula gusar dengan perkembangan terbaru dalam PAU2017 apabila orang Melayu semakin kembali dengan UMNO kerana orang ramai hadir ke PWTC mahu mendengar ucapan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kerjasama dengan Mahathir dilihat akan membawa kepada kekalahan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Tujuan asal mereka yang dulunya musuh ketat itu bersekongkol ialah supaya UMNO semakin kucar-kacir dan berpecah-belah malahan perpaduan parti itu semakin kuat dan kukuh.

“Kita berasa sungguh bersemangat, melihatkan Pusat Dagangan Dunia Putra ini penuh sesak, dengan ahli UMNO serta para tetamu, yang berduyun-duyun, tidak pernah suasana meriah sebegini, hingga membuatkan kita sungguh teruja.

“Sampai amat merinding dan berdiri tegak! bulu roma bahawa semangat United Malays National Organisation atau UMNO, selagi hayat kita di kandung badan akan marak, terus bernyala-nyala,” kata Najib dalam Ucapan Dasar Presiden pagi tadi.

Mahathir gagal dalam menyatupadukan pakatan dengan baik malahan pakatan jadi kelam-kabut. Difahamkan ramai ahli parti dalam pakatan tidak menyukai kerjasama dengan Mahathir tapi akur dengan keputusan kepimpinan parti mereka yang masih yakin Mahathir masih relevan.

Masa depan PPBM sendiri malap dan kelam melibatkan masa depan mereka dengan ROS dan dalam PRU akan datang,. Jika diharamkan, Mahathir dan pemimpin PPBM sudah tidak ada parti untuk mereka bertanding pada PRU. Lebih teruk kalau mereka akan meminta simpati DAP untuk guna logo parti semasa bertanding.

Sesuai dengan perhimpunan agung terakhir menjelang PRU ke-14, orang Melayu ramai hadir ke PWTC dan mahu dengar sendiri amanat Najib dalam ucapan dasarnya sebagai panduan mereka berdepan isu-isu terkini membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya nanti.

Mereka dengan sukarela tanpa dipaksa hadir ke PWTC dan mahu dengar sendiri ucapan Najib dan mereka tolak dakyah Mahathir sengaja mahu mereka benci dengan kerajaan BN.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...