Get $25 free
loading...

Kami Mahu Wan Asshima Disiasat

Share This:

Sejak tular kenyataan fitnah yang disebarkan oleh bekas Exco Puteri UMNO, Wan Asshima Kamaruddin menerusi akhbar Harakah Daily dan turut disebarkan oleh Malaysia Kini berhubung dakwaannya setiap kali berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO, akan banyaklah pasangan melakukan maksiat, ianya menjadi antara paling hangat diperkatakan.

Rata-rata ahli UMNO yang ditemui menzahirkan perasaan marah dan kecewa berhubung tuduhan yang tidak berasas yang dilakukan oleh Wan Asshima yang kini telah menjadi Ahli PAS. Malah, Timbalan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan juga menzahirkan kekecewaannya berhubung cara Wan Asshima yang disifatkannya sebagai cubaan memburukkan UMNO.

Dua hari lalu, Datuk Zahida berkata, tindakan susulan akan diambil sebaik sahaja Perhimpunan Agung UMNO berakhir namun semalam, bertempat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO, Haryaty Hamzah bersama beberapa orang Exco dan ahli Puteri yang lain telah tampil membuat laporan polis.

Dalam laporan berkenaan, Pergerakan Puteri UMNO mahu pihak polis menyiasat dakwaan yang dikeluarkan oleh Wan Asshima yang disifatkan sebagai penuh penipuan dan tidak bertanggungjawab. Di dalam laporan berkenaan juga, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mendesak pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Wan Asshima bagi membersihkan semula imej UMNO yang tercemar akibat fitnah yang dilemparkan.

Nampaknya, Pergerakan Puteri UMNO benar-benar tidak dapat menahan kesabaran lagi walaupun sebelum ini Datuk Zahida memaklumkan, sebarang tindakan akan diambil setelah selesai Perhimpunan Agung UMNO kali ke 71 diadakan.

Ini bukan la gi masalah dalaman ataupun perseteruan antara individu. Sebaliknya, ianya telah mengheret imej Pergerakan Puteri, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita UMNO kedalam satu fitnah yang dibimbangi akan merosak imej UMNO secara keseluruhannya.

Wan Asshima juga harus sedar bahawa tindakannya ini akan menyebabkan dia disiasat dan berkemungkinan akan didakwa jika hasil siasatan berkenaan menunjukkan sebaliknya dari apa yang didakwa. Adakah dengan cara ini Wan Asshima akan merasakan namanya akan cepat naik di dalam PAS dengan menjaja cerita fitnah sedangkan di dalam laman sosial Facebook miliknya memberitahu, dia hanya mencari keredhaan Ilahi.

Kesabaran ada batasnya dan kali ini, Pergerakan Puteri UMNO sudah hilang tahap kesabaran mereka setelah dipandang serong oleh masyarakat luar. Fitnah tetap fitnah dan terpulanglah kepada pihak berkuasa untuk bertindak hasil daripada laporan polis yang dibuat oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Comments

comments

Related Post

Kami Tidak Mahu Komen Dahulu Buat Sementara Waktu ...
Kekuatan UMNO Keutamaan PM


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...