Get $25 free
loading...

Jadi Melayu berjiwa besar, Annuar nasihat Zaid

Ini kerana ada kebenaran pada kenyataan Sultan Sharafuddin Idris Shah, kata Annuar Musa.

Annuar-Musa-zaid-ibrahim-Sultan-Sharafuddin-Idris-ShahKUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa menasihatkan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim memohon maaf kepada Sultan Selangor.

Menurutnya, Zaid sebagai orang Melayu seharusnya menghormati institusi Raja-raja Melayu dan berjiwa besar apabila ditegur Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Saya nasihatkan Zaid supaya mohon maaf sahaja. Mohon keampunan sebab ada benarnya apa yang Sultan Selangor katakan. Berjiwa besarlah, kita orang Melayu kena hormat raja-raja,” katanya sewaktu ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Zaid menjadi sasaran Sultan Selangor, yang mendakwa kenyataannya mengenai bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja dijadikan bahan politik.

“Dia duduk di Selangor, baliklah Kelantan kalau tidak setuju, buat rumah besar-besar dan tolong rakyat Kelantan. Jangan cari rezeki di Selangor,” kata baginda dalam wawancara bersama Utusan Malaysia.

Annuar berkata, beliau sendiri pernah menghadapi situasi sama dan mengambil langkah sebagai rakyat iaitu memohon maaf kepada Sultan Kelantan.

“Ini nasihat dari seorang sahabat…Zaid harus memohon maaf dan tidak lagi memanjangkan isu,” katanya.

Sebelum ini, Dr Mahathir dalam ucapan di perhimpunan anjuran Pakatan Harapan di Petaling Jaya pada Oktober lalu dilihat menyindir keturunan Bugis.

Dr Mahathir dilaporkan menggelar Datuk Seri Najib Razak dengan gelaran “lanun Bugis”, sebagai menyindir perdana menteri itu yang menggelar dirinya pahlawan Bugis. Kerabat diraja Selangor merupakan keturunan Bugis.

Ia disusuli kenyataan Sultan Selangor menggesa Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM disiasat di bawah undang-undang hasutan.

Dalam wawancara dengan The Star baru-baru ini, Sultan Selangor sekali lagi mengkritik Dr Mahathir dengan menyifatkannya pemimpin dengan “sifat inferiority complex” serta “diselubungi perasaan kebencian”.

Tiga hari lalu, Zaid dalam kiriman Twitter berkata Sultan Selangor “seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya”.

“Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar,” kata Zaid.

Balik ke Kelantan, Sultan Selangor beritahu Zaid


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...