Get $25 free
loading...

Isu Wang Kelian: Shahidan sedia bawa pemberita ke tempat kejadian

Shahidan sedia bawa pemberita bagi melihat sendiri kawasan kubur beramai-ramai selepas NST lapor bukti dimusnahkan.

Shahidan-Kassim-wang-kelian-1

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, pada sidang media selepas merasmikan rumah terbuka krismas Wilayah Persekutuan di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

KUALA LUMPUR: Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim sedia membawa pemberita untuk melihat sendiri kubur beramai-ramai Wang Kelian, Perlis yang kembali menjadi kontroversi selepas New Straits Times melaporkan polis membersihkan kawasan itu sehingga membinasakan bukti jenayah.

“Ada cerita tentang bahan bukti yang dimusnah, saya harap kita pergi dan tengok sekali. Jangan setakat menulis, kita boleh tengok,” katanya pada sidang media selepas merasmikam rumah terbuka Krismas Wilayah Persekutuan di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Shahidan merupakan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas portfolio pengurusan bencana di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN), dan antara jurucakap utama kerajaan ketika kubur pendatang asing mula ditemukan pada 2015.

Beliau akan mengaturkan lawatan ke kawasan yang terletak berdekatan sempadan Malaysia-Thailand itu selewat-lewatnya 2 minggu dari sekarang atau minggu hadapan.

Pada awal Mei 2015, ketua polis negara ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur di 28 kem haram yang dipercayai digunakan sindiket pemerdagangan manusia, dan menurut polis, kawasan itu dipercayai dikosongkan 3 minggu sebelum itu.

Namun NST pada 20 Disember lalu melaporkan polis sebenarnya menemui kubur itu pada Januari 2015. Akhbar itu melaporkan polis bukan sahaja melengahkan pengumuman, tetapi kem dimusnahkan sebelum siasatan pihak forensik.

NST juga melaporkan pelbagai laporan dengan sengaja dicantas, dan hasil temubual dengan pelbagai sumber mendapati banyak perkara disorokkan dalam siasatan rasmi.

“Ini kes lama tapi ditimbulkan kembali. Saya sudah pergi 2 kali,” kata Shahidan hari ini.

Pada Mei 2015, Shahidan mempersoalkan penguatkuasaan yang longgar di Wang Kelian sehingga menjadi laluan pencerobohon dan penempatan pendatang asing.

Beliau ketika meninjau kawasan itu dilaporkan berang kerana penguatkuasaan yang lemah gagal mengesan penempatan pendatang asing di situ.

Shahidan ketika itu percaya kegiatan itu turut melibatkan rakyat tempatan dan kemungkinan juga membabitkan pihak penguatkuasa.



The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...