Get $25 free
loading...

Dr M dakwa rizab BNM susut RM160 bilion pada 2013 hingga 2015

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, ia boleh disahkan dengan laporan bank pusat itu dan beliau hairan kenapa RCI tidak ditubuhkan untuk menyiasat pengurusan rizab BNM.

VIDEO INSIDE

mahathir-bnm2PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Bank Negara Malaysia (BNM) kerugian AS$39.6 bilion (RM161.6 bilion) dalam rizabnya antara 2013 hingga 2015.

Dalam satu klip video, Dr Mahathir berkata, jumlah itu lebih banyak daripada kerugian ditanggung BNM dalam urus niaga mata wang asing (forex) ketika beliau menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun, katanya, tiada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat kerugian antara 2013 hingga 2015 itu yang berlaku di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Dalam sebuah forum yang disiarkan secara langsung di Facebook semalam, beliau berkata, dakwaannya boleh disahkan mereka yang membaca laporan BNM.

Beliau mendapati Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua pernah membangkitkan isu itu di Dewan Rakyat, tetapi menurutnya, respons kerajaan memuaskan.

“Kononnya kekurangan duit ini sebab ‘external flow’.”

Bekas perdana menteri itu berkata, penyusutan rizab BNM bukan disebabkan aliran luar, sebaliknya berpunca daripada pengurusan rizab.

Bagaimanapun, beliau berkata, isu itu tidak dianggap cukup serius untuk RCI ditubuhkan.

Sebuah RCI baru-baru ini melengkapkan siasatan terhadap dakwaan kerugian RM31 bilion dalam urus niaga forex BNM antara 1992 dan 1994, ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku menteri kewangan.

Panel 6 anggota RCI yang dipengerusikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan itu menyimpulkan mereka berdua menyembunyikan fakta daripada Kabinet dan mengesyorkan mengesyorkan mereka disiasat atas pecah amanah atau penipuan.

RCI dalam laporan setebal 400 muka surat itu turut menyalahkan bekas penasihat BNM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang dikatakan mempunyai kawalan dan tanggungjawab mutlak ke atas operasi urus niaga forex.

Semalam, Dr Mahathir melalui forum yang disiarkan secara langsung di Facebook mendakwa beliau tidak campur tangan dalam pengurusan rizab BNM.

“Kita serah kepada Bank Negara untuk urus ‘reserve’ kita. Urus bermakna dia mesti jaga supaya nilai mata wang kita tidak turun dan tidak naik mendadak. Jadi, caranya ialah dengan membeli dan menjual wang-wang tertentu.

“Inilah yang dilakukan oleh Bank Negara tanpa memberitahu kepada saya sebagai perdana menteri. Cuma saya dijemput untuk melihat ‘trading room’ dan saya pun lihat bukan main budak-budak muda semua, 24 jam sehari mengejar nilai mata wang, membeli dan menjual dan sebagainya.

“Saya kagum melihat mereka, tapi saya tidak kata apa-apa, saya tidak larang kerana ini urusan bank. Mengurus simpanan kita adalah urusan bank.”

Beliau berkata, kerugian urus niaga forex ketika itu yang dilaporkan kepada beliau ialah RM11 bilion.

“Saya tidak ada keupayaan untuk menentukan laporan (BNM) itu betul ataupun tidak. Biasanya laporan daripada Bank Negara saya terima, saya tak soal.”

Dalam video itu, Dr Mahathir turut menyentuh RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun bank peribadi Najib. Perdana menteri berkata, dana itu ialah sumbangan keluarga diraja Arab Saudi.

RCI: Dr M relakan tindakan menteri kewangan dalam isu forex

Kerugian forex 1990-an salah Nor Mohamed Yakcop, kata laporan RCI

Jumlah aset rizab rasmi BNM pada RM414.71 bilion


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...