Get $25 free
loading...

Dendam DAP Kepada PAS Tidak Pernah Padam

Share This:

Semuanya bermula sewaktu Pakatan Rakyat sedang berada dalam keadaan terumbang ambing apabila wujudnya perseteruan antara pemimpin PAS dengan DAP sehingga menyaksikan ramai dikalangan Ahli PAS yang menjawat jawatan di dalam agensi kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor, dipecat.

Perseteruan ini ditambah lagi dengan pengisytiharan PAS untuk memutuskan tahaluf siyasi mereka dengan DAP sehingga menyaksikan Pakatan Rakyat yang pada ketika itu menggabungkan DAP, PKR dan PAS, berkecai setelah usul pemisahan ini diluluskan oleh Majlis Syura PAS pada tahun 2015 di Muktamar PAS kali ke 61 di Kuala Selangor.

Dengan berakhirnya hubungan PAS dan DAP, maka terlerailah sebuah pakatan haram yang diterajui DAP bagi membuka laluan kepada pembentukan Pakatan Harapan, tiga bulan kemudian. Menariknya, pembentukan Pakatan Harapan ini turut disertai oleh Parti Amanah Negara, sebuah parti yang wujud hasil daripada perbezaan idealogi antara pemimpin PAS yang menyaksikan, bekas Naib Presiden PAS, Mat Sabu meninggalkan PAS dan membentuk PAN.

Sejak hari itulah, perseteruan antara DAP dan PAS berlangsung dan masih hangat sehingga hari ini. Terbaru, sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris dilaporkan telah tersalah tafsir kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung pentadbiran yang sepatutnya mentadbir Malaysia hari ini.

Laporan berkenaan pantas mendapat reaksi PAS yang dilaporkan terkilan apabila kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi berkenaan disalah tafsir. Menariknya, secara tiba-tiba, Lim Guan Eng mencabar PAS untuk menyaman akhbar berkenaan jika benar apa yang dilaporkan akhbar berkenaan adalah salah. Apa kena mengena Guan Eng dalam kesilapan akhbar berkenaan?

Sebenarnya, usaha DAP mahu menghancurkan PAS yang diketahui umum sebagai sebuah parti politik berteraskan Islam, bukan baru malah sudah berlangsung sejak PAS menyertai Pakatan Rakyat lagi. Cuma ianya disemarakkan apabila PAS memutuskan hubungan politik mereka dengan DAP dan sejak itulah, DAP menggunakan apa sahaja cara termasuk menggunakan pemimpin PAN untuk melemahkan PAS.

DAP sedar bahawa, antara faktor utama yang membolehkan pakatan pembangkang meraih jumlah kerusi terbanyak dalam sejarah penyertaan mereka di dalam Pilihan Raya Umum adalah disumbangkan oleh faktor pengundi PAS. Oleh yang demikian, DAP merasakan adalah perlu untuk merosakkan sehabis boleh imej PAS termasuk Presidennya demi untuk mengalihkan sokongan ahli PAS terhadap parti berkenaan.

Inilah yang cuba dimainkan oleh DAP dalam kemelut antara parti berkenaan dengan PAS. Seandainya berjaya, ianya bukan sahaja member kelebihan kepada DAP malah ianya turut memberi lonjakan kepada PAN yang masih lagi dibayangi oleh PAS. Mengancurkan perpaduan adalah misi mereka dan misi berkenaan masiih terus berjalan sehinggalah Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...