Get $25 free
loading...

Datuk Seri Najib Jawab Pantun Anwar

Share This:

KERAKUSAN dan sikap terdesak pembangkang yang diketuai DAP menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perkara yang tidak sepatutnya kini telah terlalu melampau. Situasi ini menyebabkan Datuk Seri Najib bertindak balas tapi dengan penuh berhemah.

PM mendakwa keikhlasan beliau sekeluarga melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di hospital tidak mendapat penghargaan sewajarnya.

Malah, lawatan beliau dan isterinya Rosmah Mansor diperli dengan pantun.

“Yang seorang lagi pula, saya berziarah ke hospital melawat beliau yang sedang sakit, atas sifat kenalan lama.

“Saya hanya melawat, sebab itu saya bawa isteri bersama. Tapi keikhlasan kami itu, tampaknya diperli dipantun pula,” katanya.

Selepas lawatan itu, Anwar di Facebook menulis mengubah suai baris terakhir pantun Melayu lama, seperti berikut:

Tuai padi antara masak,
esok jangan layu-layuan;
ziarah kami antara nampak,
esok pilihan raya lawan tetap lawan.

Bercakap di ribuan anggota parti dalam perhimpunan agung Umno di ibu negara hari ini, Najib membalas pantun Anwar itu.

“Ini jawapannya Saudara Anwar, Dengar ya…”

Burung merpati terbang sekawan,
hinggap seekor di atas dahan;
kita sahut ‘lawan tetap lawan’,
Di pilihan raya bertarunglah seperti anak jantan.

Najib dan Rosmah pada 17 November lalu melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini dan mendoakannya cepat sembuh di Twitter.

Anwar dirawat selepas menjalani pembedahan di bahu selepas terlibat dalam kemalangan pada 22 September lalu dalam kenderaan penjara.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...