Get $25 free
loading...

Cukai Perlu Dibayar Walaupun Meninggal Dunia

Share This:

Individu yang telah meninggal dunia, pendapatan yang diterima semasa hayatnya pada tahun kalendar sehingga tarikh kematian individu tersebut perlu dilakukan taksiran cukai.

Merujuk kepada kes pendapatan individu yang telah meninggal dunia, setiap pendapatan sehingga tarikh kematiannya akan dikenakan cukai sebagai pendapatan individu berkenaan walaupun taksiran akan dibuat atas nama wakil waris yang sah.

Begitu juga apa jua pendapatan yang diperoleh selepas tarikh kematian individu tersebut tidak akan dianggap pendapatan si mati, sebaliknya sebagai pendapatan harta pusaka individu yang meninggal dan ditaksir atas nama waris atau pentadbir harta pusaka. Di sini, satu fail baru akan didaftarkan untuk tujuan menaksir pendapatan harta pusaka si mati.

Kadar cukai yang dikenakan ke atas pentadbir harta pusaka atau wasi adalah sama dengan kadar cukai yang dikenakan ke atas individu. Wasi atau pentadbir dikehendaki melaporkan pendapatan harta pusaka di bawah pentadbirannya.

Sekiranya si mati mempunyai lebihan kredit atau cukai terlebih bayar, waris sah si mati boleh menuntut balik bayaran balik ke atas jumlah lebihan kredit tersebut dengan membawa beberapa dokumen antaranya sijil kematian, salinan surat pentadbir harta pusaka yang diakui sah.

Ini termasuk jika terdapat cukai tertunggak apabila baki cukai gagal dibayar dalam tahun semasa sehingga melangkau ke tahun taksiran berikutnya. Sekiranya si mati mempunyai tunggakan cukai, wasi atau waris yang sah bertanggungjawab untuk menyelesaikan bayaran tunggakan tersebut.

Justeru, wasi atau pentadbir harta pusaka hendaklah memastikan si mati tidak mempunyai sebarang tunggakan cukai pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum harta pusaka si mati diagih-agihkan kepada mana-mana waris sah si mati.

Walaubagaimanapun jika wasi atau pentadbir harta pusaka si mati tidak mempunyai kemampuan untuk membayar tunggakan cukai si mati secara sekaligus, LHDNM menasihatkan wasi atau pentadbir harta pusaka mengunjungi Pejabat LHDNM bagi perbincangan bayaran secara ansuran.

Comments

comments

Related Post

600 Pelajar Terima Sumbangan “Back To School...
Status Islam Sebagai Agama Negara Menyukarkan – Ma...
LHDN Sentiasa Pupuk Kesedaran Cukai
Mahathir Yang Penjarakan Anwar, Mahathir Juga Disu...


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...