Get $25 free
loading...

Beranikah DAP Memecat Zaid Ibrahim Bagi Buktikan Mereka Pembela Melayu?

Share This:

Dalam banyak ucapan yang dilakukan oleh Penasihat Agung DAP, Lim Kit Siang, dia berulang kali memberi jaminan kononnya seandainya DAP dan rakan Pakatan Harapan yang lain berjaya membentuk kerajaan kelak, kuasa Raja-Raja Melayu dan nasib kaum Melayu akan tetap terpelihara.

Malah dia menuduh, UMNO dan Barisan Nasional sengaja mencipta ketakutan terhadap rakyat dengan menuduh DAP dan Pakatan Harapan akan menghancurkan kuasa Raja-Raja dan menghilangkan hak kaum Melayu di Malaysia. Walhal, DAP sejak tertubuhnya parti itu sendiri sememangnya berhajat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Republik, persis negara jiran, Singapura.

Dalam hal ini, agak menarik untuk dibicarakan, benarkah DAP boleh memberi jaminan bahawa kuasa Raja-Raja Melayu dan kaum Melayu itu sendiri akan kekal terpelihara? Sekali imbas, apa yang didakwa DAP ini, memang agak menarik untuk didengar. Hakikatnya, DAP sendiri tidak berani untuk mengambil tindakan terhadap ahlinya yang secara terang-terangan menghina Raja-Raja Melayu dan kaum Melayu itu sendiri.

Lihat sahaja bagaimana Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang sudah terlalu kerap menghina kaum Melayu menerusi status yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook miliknya. Tidak kurangnya juga dia begitu lancang menghina kaum Melayu dengan menggelarkan kaum ini dengan ayat pu**mak dalam satu ceramahnya di Ipoh.

Terbaru, seorang ahlinya dari kaum Melayu, Datuk Zaid Ibrahim pula begitu berani bertelingkah dengan Paduka Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah Al Haj hanya semata-mata mahu membela Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad. Adakah semua contoh ini adalah lambang buat DAP mempertahankan institusi Beraja di negara ini dan paling utama, adakah ini lambang DAP membela nasib kaum Melayu?

Ingin juga ditanyakan kepada DAP, sekiranya mereka benar-benar serius mahu membela nasib Raja-Raja Melayu dan kaum Melayu itu sendiri, beranikah parti berkenaan mengambil tindakan tegas terhadap Nga Kor Ming dan Zaid Ibrahim?

Namun apa yang diperhatikan, DAP tidak akan mungkin mengambil apa-apa tindakan terhadap dua individu biadab ini. DAP lebih rela menyuruh mereka diam buat seketika sebelum mereka kembali lagi tampil menghina Raja-Raja Melayu dan kaum Melayu setelah orang-orang Melayu lupa dengan apa yang mereka lakukan hari ini.

Inilah DAP. Mereka hanya tahu bercakap kononnya mahu membela kuasa Raja-Raja Melayu dan kaum Melayu namun hakikatnya, itu bukanlah keutamaan mereka. Senadainya benar mereka bersungguh mahu mengotakan janji mereka, pecatlah dua ahlinyayang begitu biadab itu. Usah hanya tahu beretorik hanya untuk mengaburi mata rakyat namun hakikatnya, itu bukanlah keutamaan mereka andai membentuk kerajaan kelak.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...