Get $25 free
loading...

Amaran Angin Kencang Timur Laut

Share This:

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang Timur Laut bagi perairan Malaysia dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor, bermula esok hingga Rabu depan.

Angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

“Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka bermula esok hingga Rabu depan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan awal pagi tadi.

Sementara itu, MetMalaysia juga melaporkan angin kencang dan laut bergelora untuk aktiviti perkapalan kategori kedua di perairan timur laut Condore, utara Reef North dan barat laut Palawan akan berlaku bermula esok.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak dijangka mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

“Sehingga lewat pagi ini, ribut petir dijangka berlaku di perairan Selat Melaka, Reef South dan Sulu. Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil, semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” katanya.

-Berita Harian

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...