Get $25 free
loading...

Airmata Perjuangan Iringi Perhimpunan Agung UMNO

Share This:

PERHIMPUNAN Agung UMNO ke 71 (PAU) yang baru berakhir sebentar tadi membekalkan “azimat” kepada para perwakilan untuk dibawa ke kawasan masing-masing. Dalam hati sanubari perwakilan semarak dengan api perjuangan kental.

Api perjuangan tersebut seiring dengan airmata perjuangan para perwakilan ketika alunan lagu “Anak Kecil Main Api’ berkumandang sehingga mereka menitiskan airmata perjuangan dengan sejuta tekad tersemat di dada.

Presiden UMNO Datuk seri Najib Tun Razak mahu sebarang pertelingkahan dalaman parti diselesaikan atas semangat kekeluargaan. UMNO dan Barisan Nasional mempunyai agenda yang lengkap untuk kesejahteraan rakyat. Oleh itu, kini para perwakilan perlu menyampaikan fakta tersebut kepada pengundi di kawasan masing-masing.

Beliau dengan penuh ikhlas mengucapkan penghargaan kepada perwakilan kerana sebulat suara menyokong usul jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO tidak dipertandingkan. Dalam masa yang sama, beliau mempersoalkan cadangan pilihan pembangkang sebagai calon perdana menteri. Menurut beliau, tidak logik untuk meletakkan masa depan negara di tangan individu yang berumur 93 tahun.

“Kita sudah berjaya besar dalam perjuangan, kita sudah capai begitu banyak kejayaan.

“Namun sebelum itu, kita perlu lalui Pilihan Raya Umum ke-14, pokok pangkalnya siapa yang akan pimpin.

“Ada dengar-dengar orang 93 tahun nak jadi perdana menteri balik. Takkan nak letak masa depan negara pada orang tua?” soal Datuk Seri Najib ketika sesi penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO 2017.

Datuk Seri Najib akan menghadiri sidang kemuncak luar biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang dijadual berlangsung di Istanbul, minggu depan. Beliau yang sepatutnya mengadakan sesi pemukiman tahunan bersama Presiden Singapura, Lee Hsien Loong, telah menangguhkannya kerana memberi penekanan kepada isu yang memberi kesan kepada kepercayaan beliau.

Jelas Datuk Seri Najib, UMNO dan umat Islam akan menentang habis-habisan tindakan Amerika Syarikat mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Dalam ucapan penggulungannya sebagai Presiden UMNO, beliau memberi penghargaan kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang disifatkan beliau sebagai seorang sahabat lama yang akrab dan setia.

Beliau mengakui berpuas hati mempunyai timbalan yang tidak lupa mempertahankannya ‘di saat susah’ sebagaimana beliau menunjukkan prinsip ‘susah senang bersama’ ketika sahabatnya itu menghadapi detik sukar sebagai Ketua Pemuda UMNO Bagan Datok pada 1988.

Menurutnya, Zahid yang ditekan dengan begitu dahsyat oleh pimpinan bahagian ketika itu meminta bantuannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO merasmikan Persidangan Pemuda Bahagian Bagan Datuk dan beliau tanpa mempedulikan tekanan telah membantu sahabatnya itu.

Zahid, menurut Najib, mengingatkannya kepada lagu Datuk D J Dave yang antara liriknya berbunyi:

Sukarnya mencari
Kawan yang setia
Yang sanggup menolong
Di masa kau susah

Kawan waktu senang
Tak payah kau cari-cari
Di mana saja
Mudah kau jumpa

Selain daripada itu juga, Datuk Seri Najib menegaskan pemilihan calon pada pilihan raya akan datang bukan mengikut hati, tetapi sebaliknya adalah mengikut kehendak parti.

Presiden UMNO itu berkata, walaupun beliau suka seseorang calon, tetapi jika mengikut parti ia tidak sesuai, maka semua pihak perlu akur dengan keputusan tersebut.

– pru14.tv

ANAK KECIL MAIN API

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia

Comments

comments

Related Post

Hamzah Ceritakan Bagaimana Nabi Selesaikan Masalah...
Ucapan penggulungan Ketua Wanita Di Perhimpunan Ag...
Pemuda UMNO NS Lancar Tabung Bantu Amsyar
Wujudkan Wakaf Pendidikan


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...