Get $25 free
loading...

RUU perbekalan KPDNKK lulus dengan laungan ‘tipu’

Rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Rakyat malam tadi dengan perbezaan hanya 1 undi.

parlimenKUALA LUMPUR: Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2018 untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diluluskan dalam suasana kecoh di Dewan Rakyat.

RUU itu diluluskan di Dewan Rakyat malam tadi dengan perbezaan hanya 1 undi, 52 undi menyokong, 51 undi tidak menyokong dan 2 tidak mengundi.

Keputusan yang diumumkan Timbalan Speaker Datuk Seri Dr Ronald Kiandee itu mengundang kemarahan Ahli Parlimen daripada blok pembangkang yang mendakwa berlaku penipuan semasa pengundian.

Terdahulu, G Manivannan (PKR-Kapar) meminta undi belah bahagi diadakan selepas Menteri Datuk Seri Hamzah Zainudin selesaiu menggulung ucapan untuk kementeriannya.

Sewaktu loceng untuk undi belah bahagi dibunyikan, kelihatan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kebanyakannya tidak berada di dalam Dewan Rakyat.

Walaupun deringan loceng yang berbunyi selama 2 minit sudah tamat, masih ada Ahli Parlimen BN berlari masuk ke dalam Dewan Rakyat untuk mengundi.

Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara), Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut), Su Keong Siong (DAP-Ipoh Timur) menjerit “tipu” pada Ronald.

Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkora) menggesa pintu masuk Dewan Rakyat ditutup agar tidak ada lagi Ahli Parlimen dapat masuk selepas deringan loceng tamat.

Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) berkata aksi terang-terangan wakil rakyat BN dibenarkan masuk dan menyertai pengundian itu selepas loceng tamat dapat disaksikan orang ramai.

“Kita semua dapat lihat apa yang berlaku. Dalam kita buat undi walaupun sudah habis tempoh ditetapkan, masih ada Ahli Parlimen dari BN yang masuk ke Dewan Rakyat dan mengundi.

“Kita mahu senarai nama itu disemak semula. Kenapa ini berlaku, satu dunia melihat kejadian ini. Mereka ini hanya menang dengan 1 undi sahaja,” katanya.

parlimen1Antara wakil rakyat yang didakwa pembangkang lewat masuk namun dibenarkan mengundi adalah Datuk Raime Unggi (BN-Tenom), Datuk Koh Nai Kwong (BN-Alor Gajah) Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera).

Khalid Samad (Amanah-Shah Alam) dalam keadaan marah meminta BN berhenti “menipu” dan meminta pengundian dilakukan secara jujur, sementara Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mendakwa ada “konspirasi” ketika undi belah bahagi dilakukan.

Ronald bagaimanapun menjawab kritikan pembangkang dengan berkata tiada peraturan menyatakan undi wakil rakyat yang lambat masuk tidak boleh dikira.

“Saya teliti, tidak ada perlanggaran dibuat,” katanya.

Kekecohan yang berlaku hampir 15 minit itu berakhir dengan majoriti Ahli Parlimen daripada blok pembangkang keluar Dewan Rakyat beramai-ramai.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...