Get $25 free
loading...

PH bersedia pendaftaran PPBM mungkin batal

Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perkara itu bukan baharu bagi pembangkang kerana situasi sama pernah dilalui DAP menjelang PRU13 pada 2013.

Wan-Azizah_ppbmt_600

KUANTAN: Pakatan Harapan (PH) bersedia kemungkinan pendaftaran PPBM dibatalkan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, perkara itu bukan perkara baharu bagi pembangkang kerana situasi sama pernah dilalui DAP menjelang PRU13 pada 2013.

“Tidak ada masalah…Jika RoS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia) buat tindakan mengejut, Pakatan Harapan akan bersama-sama dalam menanganinya. Sebelum inipun, mereka buat masalah dengan DAP.

“…kami sentiasa bermesyuarat dan bersama-sama dalam apa juga keadaan,” katanya selepas menghadiri majlis bersama rakyat hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Adun Semambu, Lee Chean Chung dan Adun Teruntum, Sim Chon Siang.

PPBM berdepan kemungkinan pendaftarannya dibatalkan RoS kerana melakukan 3 kesalahan melanggar perlembagaan parti, iaitu tidak mengadakan mesyuarat tahunan, menubuhkan sayap Pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti.

Ditanya jika beliau akan mengarahkan kepimpinan PPBM segera menyelesaikan konflik dalaman mereka, Wan Azizah yakin dengan kepimpinan parti itu membuat keputusan terbaik.

Pada 2013, DAP berdepan kemungkinan logo “Roket” tidak boleh digunakan pada PRU13 selepas pendaftaran parti itu mungkin terbatal ekoran kemelut berhubung pemegang jawatan yang dibentuk semasa pemilihan parti pada 15 Disember 2012.

Semasa itu, Lim Guan Eng selaku setiausaha agung DAP memaklumkan parti itu bercadang menggunakan logo PAS di Semenanjung dan simbol PKR di Sabah dan Sarawak, jika isu itu tidak diselesaikan sebelum PRU13.

Bagaimanapun, pada 18 April 2013, RoS mengesahkan DAP masih boleh menggunakan logo mereka memandangkan pendaftaran parti itu tidak terbatal kerana siasatan masih dijalankan berhubung kemelut dalaman parti itu.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...