Get $25 free
loading...

Pesawat Gergasi Dunia Terhempas

Share This:

Airlander 10 yang digelar sebagai pesawat terbesar di dunia dikatakan terhempas ke sebuah padang di United Kingdom pada Sabtu.

Menurut sumber,pesawat gergasi itu terhempas di Cardington, Bedfordshire pada kira-kira pukul 9.30 pagi waktu tempatan (5.30 petang waktu Malaysia).

Kapal terbang hibrid pertama di dunia, Airlander 10′ mengalami kerosakan selepas melakukan pendaratan keduanya di Bedfordshire pada Rabu.

Sebahagian besar badan pesawat itu rosak selepas ia melanggar tiang taligraf. Bagaimanapun, ia terhempas ke tanah secara perlahan.

Insiden tersebut mengakibatkan seorang wanita cedera.

Beberapa jalan turut ditutup berikutan kebimbangan terhadap bahan api dan gas helium.

Seorang saksi memberitahu, pesawat yang sepanjang padang bola sepak itu ‘jatuh seperti kepingan ibarat angin besar’.

Pesawat tersebut hanya menyempurnakan ujian penerbangannya keenam pada Jumaat.

Tiada penumpang di dalam pesawat itu dan seorang wanita yang merupakan kakitangan dipercayai cedera dan dibawa ke hospital.

Manakala,jurucakap syarikat yang memiliki pesawat itu Hybrid Air Vehicles Ltd itu memberitahu, ia tidak diterbangkan dan terlepas dari tambatannya ketika kejadian.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...