Get $25 free
loading...

Pelajar 14 tahun ditahan ugut ketua menteri Sarawak

Dev Kumar berkata, suspek dibawa oleh ayahnya ke IPD Kuching jam 2.30 petang tadi setelah mendapat tahu polis sedang mengesan anaknya.

Dev-Kumar_facebook_60012KUCHING: Polis menahan seorang pelajar berusia 14 tahun yang disyaki memuat naik komen ugutan di laman sosial Facebook terhadap Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Openg.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, suspek dibawa oleh ayahnya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPD) Kuching jam 2.30 petang tadi setelah mendapat tahu polis sedang mengesan anaknya.

“Polis telah merampas seunit telefon bimbit milik suspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik komen ugutan itu.

“Remaja itu dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan diambil darinya,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dev berkata, setakat ini, polis menerima 7 laporan mengenai komen berunsur ugutan itu.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...