Get $25 free
loading...

Leka Hal Parti,ROS Mahu Ambil Tindakan PPBM?

Share This:

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),Tun Mahathir seolah-olah alpa dan terleka dengan hal parti dan orang bawahan nya kerana dikatakan terlalu ghairah mahu menjatuhkan dan memburuk kan Datuk Seri Najib ke seluruh negara , malah seluruh dunia.

Akhir nya RoS dikatakan mahu ambil tindakan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia kerana ikut jadual parti Bunga sudah seharus mengadakan AGM nya.

Menurut sumber dalaman berkata,ini ada lah amalan biasa mana-mana Pertubuhan supaya tidak di anggap haram.

Ia dikatakan sama juga seperti menyerah minit mesyuarat serta laporan kewangan tahunan.

Sekiranya arahan untuk mengadakan mesyuarat cawangan belum pernah dikeluarkan, bukankah ini satu kecuaian pengurusan parti?

Ada juga ahli ahli bawahan serta mereka yang Pro Pembangkang yang juga dikatakan ingin memainkan kisah sabotaj dan kisah konon nya ada pakatan untuk menghancurkan PPBM.

Melihat dengan kepimpinan PPBM itu sendiri yang dikatakan tidak peka akan kedudukan di heiraki bawah.

Tetapi , ini tidak menghairankan jika di lihat pada kepimpin tinggi PPBM itu.

Maka tinggal lah Syed Saddiq yang dikatakan terkontang -kanting,walhal terhad pada ARMADA yang tidak berdaftar dan tidak ujud dalam PPBM.

Syed Saddiq sehingga hari ini dikatakan takut umum jumlah keahlian PPBM walau pun telah berjanji pada tahun lalu lagi mungkin kerana malu jumlah ahli tidak seperti yang di gembar gembur kan dan akhirnya memalukan diri sendiri.

Bagaimana pula kemelut yang melanda nama Armada, sayap pemudanya? Menurut Shaharuddin, PPBM kini terpaksa akur untuk tidak menggunakan nama Armada sehinggalah pindaan perlembagaan parti diluluskan oleh pihak ROS. Armada kini hanya boleh dikenali sebagai Pemuda PPBM.

Menurut sumber,Shahruddin berkata keputusan menggunakan nama Armada merupakan sebahagian daripada perlembagaan Bersatu yang diputuskan dalam mesyuarat agung luar biasa pada 2 November 2016.

Namun, ROS tidak mengiktiraf mesyuarat tersebut disebabkan hanya 12 orang ahli majlis tertinggi sahaja yang menghadiri mesyuarat itu.

Dengan perkembangan terkini berkemungkinan parti Bunga berhadapan dengan pembatalan atau pun di arah daftar semula sebagai parti baru.

Melihat keadaan itu,sejak awal penubuhan lagi, PPBM dikatakan tidak mempunyai hala tuju. Ia adalah parti serpihan UMNO yang ditubuhkan akibat dendam politik bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sekian lama menjadi ‘duri dalam daging’ kepada UMNO.

Menurut sumber dalaman,PPBM bukanlah ditubuhkan atas dasar perjuangan suci untuk bangsa, agama dan negara. Ia diwujudkan mata-mata kerana dendam politik yang disirami api kebencian kepada pemimpin-pemimpin UMNO khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dari semasa ke semasa, perjuangan PPBM semakin bercelaru manakala organisasinya dikatakan semakin berkecamuk sehingga penggunaan Armada yang merujuk kepada ­Angkatan Bersatu Anak Muda juga diisytiharkan tidak mengikut Perlembagaan parti itu oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Parti dikatakan bercelaru apabila semua ikut perlembagaan Mahathir dan bukan ikut perlembagaan parti.

Semua keadaan itu memungkinkan kedudukan dan hala tuju PPBM semakin bercelaru serta tidak menentu. Segala-galanya disebabkan parti tersebut dikatakan sepanjang masa sejak penubuhannya hanya melayani nafsu politik Dr. Mahathir.

Oleh itu daripada Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin kanan PPBM asyik mahu mencari salah kerajaan BN adalah lebih baik ­betulkan dulu keadaan dalaman parti itu.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...