Get $25 free
loading...

Jom kenali makanan kebangsaan pelbagai negara!

Setiap negara mempunyai makanan kebangsaan mereka yang memberikan imej identiti negara tersebut.

pelbagai-makanan-malaysiafmt-ohsem-inside-article1Tahukah anda setiap negara memiliki pelbagai adat atau budaya yang ingin dibanggakan dan dijadikan hak milik sendiri?

Bunga kebangsaan, haiwan kebangsaan, bendera kebangsaan, pakaian kebangsaan hinggalah apa sahaja yang mencerminkan identiti sesuatu bangsa.

Baru-baru ini terbaca satu artikel mengenai debat dalaman sebuah negara untuk memutuskan makanan kebangsaan. Maklumlah apabila sesebuah negara itu sebesar benua, melibatkan terlalu banyak rakyat dan cara hidup maka perkara seperti makanan kebangsaan pastinya menjadi debat.

Sebelum itu, mari kita kaji kriteria pemilihan makanan untuk dijadikan makanan kebangsaan.

Apa yang pasti ialah faktor selera terhadap sesuatu makanan itu. Dalam kata lain, makanan yang memberi keselesaan kepada rakyat boleh masuk senarai makanan kebangsaan dan menjadi juara jika semua orang bersetuju dengan pilihan itu.

Bahan atau kandungan dalam makanan tersebut tidak menjadi isu, mahupun cara menyediakannya. Sesetangah makanan hanya melibatkan emosi rakyat dan tanggungjawab mereka terhadap makanan yang membentuk budaya dan cara hidup.

Baik, mari kita melihat makanan kebangsaan negara-negara tertentu, mungkin beberapa negara walaupun FMT Ohsem tak dapat namakan kesemua negara.

Tetapi sebelum itu tahukah anda makanan kebangsaan Malaysia? Nasi kerabu, roti canai, nasi goreng, apam balik? Cuba teka…

Nasi kebangsaan Malaysia ialah nasi lemak iaitu nasi bersantan, dengan sambal tumis, telur, kacang dan ikan bilis goreng. Tidak mungkin tidak tahu memandangkan baru-baru ini calon Miss Malaysia Universe pun sudah terang-terang memakai baju nasi lemak sebagai pakaian kebangsaan ke pentas itu kelak.

Nasi lemak boleh diperoleh bila-bila masa dan di mana sahaja tidak semestinya untuk sarapan pagi. Itupun sudah kira memenuhi kriteria jugalah!

Baik, apakah pula makanan kebangsaan negara-negara jiran kita seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei, Filipina, Loas dan Myanmar? Mari kita lihat.

Singapura – Ketam masak cili, Nasi Ayam Hainan
Indonesia – Nasi Tumpeng, Sate, Soto, nasi goreng, Gado-gado
Thailand – Pad Thai, Tom Yam Goong, Som tam

Pad Thai.

Pad Thai.

Brunei – Ambuyat

Ambuyat.

Ambuyat.

Filipina – Adobo, Sinigang

Adobo.

Adobo.

Laos – Tum Mak Hoong (Salad betik hijau), khinzir (larb) dengan nasi lekit
Myamnar – Mohinga

Mohinga.

Mohinga.

Vietnam – Phở, Bún bò Huế, Bò kho

Bún bò Huế.

Bún bò Huế.

Mengenali makanan kebangsaan negara jiran khsusunya Asia Tenggara sahaja tidak memadai.

Mungkin kita juga kena mengenali makanan kebangsaan beberapa negara Asia, mana tahu pilihan makanan tersebut mungkin mengejutkan anda.

Ini kerana negara yang kaya dengan rempah ratus dan pelbagai jenis makanan seperti India didapati memilih makanan yang paling simple, dimasak menggunakan kurang daripada 5 jenis bahan, langsung tidak menggunakan sebarang rempah ratus termasuk garam, bawang serta masala.

“Kichidi” adalah sejenis makanan ayurveda menggunakan penyediaan paling mudah. Daripada berjuta makanan, Kichidi juga yang dipilih sebagai makanan kebangsaan negara itu sekaligus mencetuskan kontroversi.

Bagaimana pula dengan negara besar yang lain? Sukarkah mereka mempertimbangkan makanan kebangsaan? Kebanyakan negara besar ini tidak memilih satu hidangan tetapi lebih dari itu sebagai makanan kebangsaan. Contohnya:

China – Itik Peking, mi (lo mein, chow mein and lamian), nasi goreng, dumplings, tumis reneh Khinzir Mao
Russia – Pelmeni, Shchi, Kasha, Pirogi, Pirozhki
Pakistan – Biryani, Nihari
Bangladesh- Nasi dan Ilish (sejenis ikan), Shorshe Ilish, Machh bhaja, Machher Jhol, Bhuna, Kurma Chicken
Afghanistan- Kabuli Palaw
Afrika – Cassava fufu, sup kekacang
Korea Utara- Kimchi, Naengmyeon, Bulgogi, Bosintang
Australia – Pai daging, Kambing panggang
Afrika Selatan – Bobotie
Taiwan: mi sup daging, nasi khinzir

Dan bagi negara barat pula, makanan kebangsaan rata-rata melibatkan makanan harian mereka juga berasaskan roti, gandum dan pastri.

Perancis РCr̻pe, Pot-au-feu, Macarons, Bisque
Switzerland РCervelat, Fondue, R̦sti
Belanda – Stamppot, hutspot
New Zealand: Bacon dan pai telur, kambing biri, pavlova
Spain: Tortilla española
United Kingdom: Ikan dan cip kentang goreng, ayam masak tikka masala, Shepherd’s pie
United States: Pai epal, Buffalo Wings (kepak ayam), ayam goreng, hamburger, hot dog, macaroni dan keju

Kredit Gambar: Wikipedia, Youtube, Wikihow


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...