Get $25 free
loading...

Cukai Pendapatan Hasil Utama Kerajaan (Bahagian 2)

Share This:

Kekeliruan dan ketidakfahaman sering berlaku tentang Good & Service Tax (GST) yang sering menjadi punca perbahasan tak kira sama ada oleh orang awam, media massa sehinggalah ke dewan Parlimen.

Sehinggalah ahli Parlimen Barisan Nasional Bagan Serai, Yang Berhormat Noor Azmi Ghazali menyeru media menerangkan berkenaan GST supaya umum perlu faham disebalik perlaksanaannya bermula 1 April 2015 pada kadar 6%.

Pada pengumuman Bajet 2018 yang dibentangkan bertemakan “Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50” di dewan Parlimen oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, kebanyakan umum mengetahui ke manakah peruntukan dengan anggaran perbelanjaan kerajaan yang akan disalurkan.

Sebelum itu umum juga perlu mengetahui dari mana sumber kewangan dan hasil kerajaan di dalam Bajet 2018 tersebut. Berdasarkan hasil kerajaan yang bakal diperolehi sebanyak RM280.3 billion, GST menyumbangkan sebanyak 15.6% daripada jumlah keseluruhan.

Hasil sebanyak RM280.3 billion dan perbelanjaan Bajet 2018 yang sama jumlahnya adalah yang terbesar dalam sejarah Malaysia! Peningkatan ini adalah sebanyak 7.5% berbanding tahun sebelumnya dan dapat dimanfaatkan oleh semua peringkat umur dari bayi sehinggalah kepada pesara.

Cukai Pendapatan merupakan hasil kerajaan yang utama pada 38.5%. Oleh itu, peranan utama agensi kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memerlukan komitmen yang tinggi bagi memastikan hasil utama kerajaan ini dapat dilaksanakan seperti yang tertakluk di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Begitu juga hasil dari bukan percukaian dijangka sebanyak 17.2% terutama daripada dividen yang diterima hasil petroleum dan royalti. Walaubagaimanapun ketidakstabilan harga minyak dunia yang menurun dan secara tidak langsung akan mengurangkan hasil daripada sektor ini. Kebergantungan terhadap hasil petroleum ini dapat dikurangkan dengan perlaksanaan GST.

GST atau VAT (value added tax) telah dilaksanakan oleh lebih daripada 160 negara di dunia termasuk negara di Asia dengan kadar antara 5% hingga 27%. Jika dibuat perbandingan, kadar GST Malaysia masih di paras terendah berbanding dengan negara Asia yang lain.

Begitu juga jika dibandingkan dengan kadar GST dan kadar inflasi, Malaysia merupakan antara yang terendah kadar GST dan inflasi dengan banyak kelebihan insentif tunai seperti BR1M yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada seramai 6 juta rakyat yang layak.

Comments

comments

Related Post

DAP Gunakan Kaedah Kayu Bersilang Keatas Orang Mel...
PPBM  Bakal Menerima Nasib Seperti PAS
DAP Sedang Meracun Akar Rumpun Melayu Untuk Menumb...
PRESIDENT TRUMP REGARDS PM NAJIB AS HIS GOOD FRIEN...


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...